Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Komedi di Singapura: Esok masih ada?

Pelawak Singapura terima hakikat era kegemilangan sudah berlalu tetapi masih bersemangat, menyusun peluang baru
Jul 18, 2021 | 05:30 AM



PEMERGIAN beberapa pelawak hebat Singapura dalam tempoh beberapa bulan lalu meninggalkan kesan kekosongan yang mendalam dalam persada hiburan tempatan, sehingga dalam diam, mungkin ramai yang membisikkan pertanyaan: Apakah kita masih ada semangat komedi sebagaimana ia pernah kuat untuk tiga dekad sejak 1990an?



Allahyarham Samad Ayob, Allahyarham Zainal Ihim, Allahyarham Alias Kadir dan sebelum itu lebih 14 tahun lalu, Allahyarham Ishak Ahmat dan Allahyarham Yusoff Bai ( meninggal 2010) dianggap pelawak bertaraf "striker" - yang hebat memberi "penanganan maut" dalam hal menggeletek penonton semasa persembahan.



Namun, lebih daripada semangat, apakah pelawak yang ada, masih ada keyakinan untuk meneruskan perjuangan, lebih-lebih dalam situasi peluang persembahan yang semakin berkurangan, baik di TV mahu pun di pentas masyarakat.



Beberapa pelawak yang dihubungi Berita Minggu (BM), melahirkan pandangan dan harapan yang bercampur baur terhadap masa depan seni komedi di sini.



Husin Saaban, antara yang dianggap "pemikir" di kalangan pelawak-pelawak Singapura kerana peranannya sebagai pencetus projek lawak dan penulis skrip sejak 1990an dulu berkata, walaupun pemergian teman-teman pelawak itu meninggalkan impak dalam persada hiburan, beliau yakin teman-teman yang masih ada masih boleh meneruskan perjuangan dengan gaya masing-masing.



Namun beliau tidak dapat menolak hakikat bahawa era pelawak seangkatannya sudah berlalu dan masing-masing perlu membina hala tuju sendiri jika mahu terus melangkah dalam persada ini.



"Pelawak kita dulu kuat sebab kita dapat bergabung dan bersatu di pentas lawak biarpun kita berasal daripada kumpulan berbeza... contohnya Alias Kadir dari Teater Cekup, Yusoff Maruwi dari Kelab Panggung Negara, Ahmad Stokin, Zainal Ihim dan beberapa orang lagi dari Sriwana.



DULU LAIN SEKARANG LAIN



"Kita dulu kuat sebab, selain sering diundang dalam rancangan hiburan di TV, kita ada pementasan di luar seperti 'Geng Pecah Perut', ada album muzik seperti 'Rappers Tua', 'Sah', 'Star Karat' dan ada DVD komedi. Ini semua kejayaan yang pernah saya dan teman-teman kecapi."



"Tetapi sekarang dah berubah.



"Selain dari faktor umur dan kesihatan pelawak yang semakin berusia, kita tak boleh harapkan peluang beraksi seperti dulu. Dah tak boleh cari makan dengan berlawak. Orang dah tak beli DVD. Untuk pementasan, siapa nak buat? Lebih-lebih dalam keadaan Covid-19. Kita perlu tukar strategi kalau nak terus dapatkan tempat dalam persada komedi," kata Husin.



Mujur dari segi kewangan, beliau sejak muda tidak bergantung kepada duit hasil berlawak sebagai pendapatan. Pada kebanyakan masa beliau mempunyai pekerjaan tetap, termasuk pernah berkhidmat di stesen Astro di Malaysia, dan kini bersama Jamiyah Singapura.



Antara langkah baru yang diambil Husin adalah mewujudkan wadah beliau sendiri - dengan menerbitkan rancangan di wadah Facebook Live. Beliau akan muncul dalam rancangan "Cakap Sini Habis Sini" bersama anaknya, Raihan, tidak lama lagi.



Pelakon komedi Sahfudin Mahfudz pula beranggapan selepas era 'Rappers Tua' dan 'Geng Pecah Perut', Singapura tidak mempunyai pelapis yang kuat. Jika ada segelintir pun, mereka kurang mendapat pendedahan sewajarnya.



"Kalau cakap tentang semangat, sebenarnya, kita masih ada semangat. Kalau diberi peluang, saya rasa saya dan kawan-kawan masih boleh ketengah.



"Tetapi situasi sekarang ialah, peluangnya terlalu sedikit.



"Dalam rancangan komedi... yang ditampilkan bukan pelawak tetapi pelakon biasa yang diberi skrip komedi. Kalau pelakon biasa digabungkan dengan pelakon komedi, chemistry tak ada. Itu yang tak menjadi. Akibatnya, lama-kelamaan, kita tak ada pelapis," kata Sahfudin, 56 tahun, yang pernah kuat bersama kumpulan Seloka dari Sriwana.



Beliau bagaimana pun mahu terus bersikap positif dengan memainkan peranan semampunya untuk meneruskan persada komedi di Singapura. Antaranya dengan mengadakan bengkel komedi bagi mengasah bakat berlawak di kalangan anggota Sriwana.



Pelawak Hamzah Adon, 49 tahun, antara barisan pelapis yang dikenali sejak memenangi pertandingan anjuran stesen Ria 89.7 berkata beliau yakin pelawak tempatan masih boleh diketengahkan kerana kebanyakan mereka fleksibel dan versatil, namun mereka sering distereotaip.



"Masalahnya, kita kalau dicap pelawak, mana-mana pergi orang hanya harapkan kita buat mereka ketawa. Kalau produksi TV pun, pelawak hanya muncul dalam rancangan komedi. Padahal, saya dulu bermula sebagai pelakon serius, pernah mainkan watak sasterawan Masuri S.N. dalam satu dokudrama terbitan Communications 2000," kata Hamzah, yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa sebagai pemandu pengiriman.



Beliau yakin pelawak Singapura juga masing-masing boleh berdikari dan mempunyai kekuatan tersendiri jika diberi peluang, cuma ia bukan bidang untuk "cari makan".



Hamzah sendiri sedang membentuk "signature" atau jati diri yang dapat membezakan beliau dengan artis komedi lain.



PELAWAK SERIUS TAPI KELAKAR



"Sejak dulu pun saya tak pernah cari makan dengan berlawak. Saya tak mahu stres pasal wang. Jadi saya sentiasa ada pekerjaan lain.



"Untuk masa depan, saya berusaha menjadi pelawak yang serius tetapi kelakar. Saya lihat seniman lama seperti Allahyarham S. Kadarisman atau Seinfeld sebagai rujukan.''



Pelakon komedi Yusoff Maruwi, 67 tahun, pula mengambil sikap "semangat perlu diteruskan" demi rasa cinta terhadap dunia seni dan komedi. Namun semangat itu harus disokong dengan keperluan lain.



Beliau yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa bersama Agensi Sekitaran Nasional (NEA) berkata:



"Semangat saja sebenarnya tak cukup sebab kita juga perlukan sokongan daripada peminat, penerbit, penaja. Mungkin pelawak era saya masih di takuk lama.. kita perlukan pentas biasa untuk berlawak. Itu sebabnya peluang semakin kurang. Pelawak muda boleh gunakan kepandaian mereka di media sosial.



"Ikutlah cara masing-masing, asalkan tujuan kita sama iaitu menghiburkan orang ramai dengan cara yang kita tahu."




Perlu tukar strategi



“... Sekarang dah berubah.

Selain dari faktor umur dan kesihatan pelawak yang semakin berusia, kita tak boleh harapkan peluang beraksi seperti dulu.

Dah tak boleh cari makan dengan berlawak. Orang dah tak beli DVD. Untuk pementasan, siapa nak buat? Lebih-lebih dalam keadaan Covid-19.

Kita perlu tukar strategi kalau nak terus dapatkan tempat dalam persada komedi.’’

– Husin Saaban




Peluang berlawak terhad



“Kalau cakap tentang semangat, sebenarnya, kita masih ada semangat. Kalau diberi peluang, saya rasa saya dan kawan-kawan masih boleh ketengah.

Tetapi situasi sekarang ialah, peluangnya terlalu sedikit.

Dalam rancangan komedi... yang ditampilkan bukan pelawak tetapi pelakon biasa yang diberi skrip komedi. Kalau pelakon biasa digabungkan dengan pelakon komedi, ‘chemistry’ tak ada. Itu yang tak menjadi. Akibatnya, lama-kelamaan, kita tak ada pelapis.’’

– Sahfudin Mahfudz




Semangat tak cukup... perlu sokongan



“Semangat saja sebenarnya tak cukup sebab kita juga perlukan sokongan daripada peminat, penerbit, penaja.

Mungkin pelawak era saya masih di takuk lama.. kita perlukan pentas biasa untuk berlawak. Itu sebabnya peluang semakin kurang. Pelawak muda boleh gunakan kepandaian mereka di media sosial.

Ikutlah cara masing-masing, asalkan tujuan kita sama iaitu menghiburkan orang ramai dengan cara yang kita tahu.”

– Yusoff Maruwi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >