Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kumbang bawa jaya, kenangan manis buat karyawan filem

Pengarah filem bebas Syamsul Bahari terima Anugerah Lakon Layar Terbaik NYFA
Jul 30, 2021 | 05:30 AM



KISAH budak lelaki yang menyimpan kumbang peliharaan arwah datuknya tanpa pengetahuan si ibu membawa jaya buat penerbit dan pengarah bebas, Syamsul Bahari Salim.



Filem pendek bertajuk Bulan, yang awalnya diusulkan bagi platform hiburan video Viddsee yang mencari cerita berdaya cipta itu memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik dalam Kategori Belia Terbuka pada Anugerah Filem Belia Kebangsaan (NYFA) Ketujuh.



Anugerah yang disampaikan bagi menggalak pembikinan filem dalam kalangan generasi muda belia itu merupakan anjuran badan tidak mengaut keuntungan yang tertumpu pada usaha membangun bakat dan kepimpinan belia, *SCAPE.



Ikuti wawancara Zoom bersama Syamsul, 28 tahun, lulusan Sekolah Filem dan Animasi Puttnam, Maktab Seni Lasalle.



Soalan (S): Bagaimana tercetusnya idea 'Bulan'?



Syamsul: Bulan ibarat hidangan rojak yang mencampurkan idea saya, pereka penerbitan dan beberapa teman lain.



Awalnya, kami terfikir tentang penjual labah-labah 'tarantula' tetapi ia kemudian beralih pula menjadi kisah kumbang peliharaan.



Saya kemudian teringatkan tentang ibu saya yang suka menyanyikan lagu kepada nenek saya. Babak ini saya sisipkan dalam filem Bulan.



Inspirasi juga timbul daripada teman saya yang mempunyai keluarga di Dubai. Sudah beberapa tahun dia tidak dapat bertemu dengan anjing peliharaannya.



Kerana itu, anugerah ini merupakan kemenangan bersama sebab ia mencantumkan cebisan idea daripada beberapa orang, bukan saya sahaja.



S: Apakah cabaran menghasilkan 'Bulan'?



Syamsul: Pertama sekali, kami menghasilkannya dalam tempoh pandemik, lebih tepat lagi beberapa minggu selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan penyakit berlangsung.



Banyak penyesuaian perlu dibuat merakam filem dengan sekatan jarak selamat perlu diperhatikan. Kami harus cepat-cepat berbincang menerusi Zoom.



Kami tidak menetapkan matlamat memenangi sebarang anugerah. Dengan bilangan kru yang terbatas, kami berjuang dengan semangat gotong-royong dan tak kenal erti putus asa.



Satu lagi cabaran besar adalah menjaga kumbang bernama Bulan yang sedihnya mati selepas itu. Kumbang mempunyai hayat antara tiga hingga enam bulan.



Apabila kami menggunakan Bulan bagi filem ini, ia berusia dua bulan. Ia bagaimanapun hidup lebih lama daripada dijangka iaitu tujuh bulan.



Setiap malam, saya yang tidur di tilam akan menjaganya dengan baik. Bulan diperolehi bersama pasangannya bernama Bintang.



Saya letak kedua-duanya di sebelah saya di terarium (bekas untuk memelihara haiwan kecil). Bulan agak 'chill' dan relaks tetapi Bintang tak boleh diam dan akan keluar dari terarium. Di tengah malam, saya dengar bunyi sayapnya. Alih-alih, apabila saya bangun, eh... si Bintang dah keluar dan ada di sebelah saya di tilam!



Saya seronok menjaga kedua-dua kumbang ini. Mereka tak gigit, cuma kuat makan sahaja.



S: Apakah yang dipelajari sepanjang perfileman ini?



Syamsul: Saya belajar erti kerjasama dan menerima kritikan membina. Susah senang kami bersama.



Skrip filem ini turut dikongsi dengan anggota keluarga kami. Ibu saya tak berapa sukakan filem ini. Katanya: "Mengapa bikin cerita tentang kumbang?"



Walaupun saya beritahu kepadanya, Bulan menang NYFA, ibu tetap berkata ada perkara yang boleh diperbaiki.



Sungguhpun begitu, beliau sebenarnya bangga dengan pencapaian anak bongsunya yang manja ini.



NYFA ibarat jambatan yang menyatukan belia dengan idea filem, tak semestinya dalam kalangan kelompok pelajar perfileman atau penerbitan video sahaja.



Ada yang berkelulusan kejuruteraan tetapi minat bikin filem. Saya dapati wadah NYFA sangat menarik bagi menebarkan rangkaian kenalan.



S: Bilakah Syamsul menyedari bidang perfileman adalah yang menyeronokkan untuk diceburi?



Syamsul: Seawal usia lima atau enam tahun, saya memang sudah mula merakam video keluarga dengan menggunakan alat perakam camcorder.



Seni sentiasa di hati kerana selepas itu, saya gigih bermain muzik pula.



Sebagai anak bongsu dalam empat beradik lelaki, saya bertuah diberi kebebasan memilih bidang seni sebagai pengajian.



Saya memasuki Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) untuk mengikuti kursus penerbitan video sebelum ke Lasalle bagi kursus perfileman.



S: Namakan tiga filem yang membawa impak besar buat Syamsul.



Syamsul: Pertama sekali, Grease. Filem lakonan John Travolta dan Olivia Newton-John ini adalah yang pertama saya tonton ketika berusia lima atau enam tahun.



Saya dan sepupu saya akan hafal lagu-lagunya. Ia pengenalan pada dunia hiburan dan segalanya yang indah belaka.



Kedua, filem The Girl With The Dragon Tattoo. Saya sendiri hairan bagaimana saya boleh tertarik pada filem jenayah ini sedangkan genre itu tidak saya sukai.



Saya biasanya sukakan filem drama keluarga. Ini pula filem dengan watak utamanya wanita berambut 'mohawk'! Tengok berulang kali tak bosan.



Akhir sekali, saya sukakan filem Fish Tank oleh pengarah Andrea Arnold yang menjejak kehidupan masyarakat kelas bawahan di United Kingdom. Seorang gadis 16 tahun tertarik pada teman lelaki ibunya



Ia mengetengahkan isu moral masyarakat. Lebih menarik lagi, pelakon utama filem ini, Katie Jarvis, bukan pelakon profesional tetapi disuntik dari jalanan. Namun, dia mendapat respons menggalakkan daripada pengkritik filem.



Fish Tank kisah realisme sosial di mana seseorang payah melepaskan sesuatu dalam hidup. Ia paparan takrifan pengarah tentang kehidupan sebenar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >