Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kumpulan seni perketat langkah keselamatan di tengah-tengah Covid-19

Mar 19, 2020 | 05:30 AM



KUMPULAN seni The Finger Players akan meneruskan pementasan mereka, Citizen X, yang akan bermula 26 Mac ini di Black Box di Drama Centre.



Pengarah seni Ellison Tan Yuyang, 29 tahun, berkata pusat itu boleh memuatkan 120 orang, iaitu kurang daripada had yang sudah ditetapkan oleh pemerintah bagi acara bertiket iaitu 250 orang.



Kumpulan seni itu juga sedang bekerjasama dengan Drama Centre untuk memastikan pemeriksaan suhu badan dan proses pengesanan hubungan akan dijalankan berkaitan Covid-19, tambah beliau.



Tempat duduk dan kawasan awam juga akan disanitasikan.



Pada masa itu, pementasan Four Horse Road oleh The Theatre Practice, yang akan bermula Rabu depan, juga akan diteruskan, menurut The Straits Times (ST).



Cik Kuo Jian Hang, pengarah seni The Theatre Practice, berkata mereka sedang mencuba sebaik mungkin untuk memberi respons kepada keadaan.



Bagi pementasan Four Horse Road yang telah ditempah oleh beberapa sekolah, beliau berkata kumpulannya akan membawa pementasan itu ke sekolah memandangkan "pelajar tidak dapat datang ke tempat kami".



Ia sedang bekerjasama dengan guru-guru sekolah itu untuk menyesuaikan pementasan mereka dengan keadaan setiap sekolah.



Namun, sekatan sempadan yang baru diumumkan pada Ahad lalu akan menjejas beberapa konsert.



The Resound Collective akan menangguhkan konsert finale Tang Tee Khoon Grand Series.



Seorang jurucakapnya berkata, konsert Mozart 36, yang sepatutnya diadakan di Esplanade Recital Studio pada 3 dan 4 April, melibatkan enam artis antarabangsa yang kini tidak boleh masuk ke Singapura.



Mereka yang sudah membeli tiket akan dihubungi melalui e-mel untuk pembayaran kembali, kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif Orkestra Simfoni Singapura (SSO), Encik Chng Hak-Peng, berkata:



"Beberapa konsert mungkin dibatalkan atas sebab sekatan sempadan baru."



Kumpulan seni persembahan yang lebih besar seperti Singapore Repertory Theatre (SRT) dan Singapore Chinese Orchestra (SCO) berkata langkah baru yang lebih ketat adalah satu tamparan besar bagi mereka.



Pengarah eksekutif SCO dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) bagi kesenian, Encik Terence Ho, 50 tahun, berkata kumpulan itu sedang melaksanakan susunan tempat duduk seperti papan dam bagi dewan SCO yang mempunyai 800 tempat duduk.



Mereka juga akan membataskan penonton secara langsung kepada 250 orang sahaja.



Pengarah urusan SRT, Cik Charlotte Nors, 53 tahun, berkata penjualan tiket awal bagi pementasan mereka baru sahaja tamat, The Lifespan Of A Fact amat terjejas oleh penularan virus Covid-19 ini.



"Langkah baru yang telah diumumkan adalah satu tamparan besar, tetapi sudah tentu perkara yang paling penting adalah keselamatan penonton, artis dan kakitangan kami," kata beliau.



Acara terbesar dalam kalendar seni dan budaya adalah Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) pada bulan Mei, yang melibatkan pementasan besar-besaran serta ramai artis antarabangsa.



Ketua eksekutif Arts House Limited, yang akan mempersembahkan Sifa, Cik Sarah Martin, berkata mereka sedang berbincang dengan agensi pemerintah yang relevan tentang bagaimana acara ini akan terjejas.



Dalam satu kenyataan kelmarin, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata langkah pencegahan tambahan akan diambil bagi acara kebudayaan yang melibatkan lebih daripada 250 orang.



"Jika langkah ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, acara ini akan ditangguh atau dibatalkan.



"Institusi kebudayaan kami akan terus membuka muzium dan galeri kami dan menganjurkan persembahan kebudayaan kecil-kecilan dengan langkah keselamatan yang perlu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >