Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu beri dorongan kepada bekas pesakit barah limfoma

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



RAUT wajah beliau tidak sedikit pun menampakkan kebimbangan.



Namun, seperti yang pernah dikongsikan penyanyi tempatan ini, Erma Maulood, 36 tahun pernah melalui detik sukar bergelut dengan barah limfoma.



Dikesan pada tahap kedua, beliau melalui rawatan kimoterapi dan berjaya memerangi barah tersebut.



Sebagai mengenang barah yang dihidapi lima tahun lalu itu, beliau ingin menyampaikan pesanan menerusi lagu Sebuah Cinta Agung yang sudah mula ke udara di radio.



Apa sumber kekuatan Erma ketika ketika berjuang melawan barah dulu?



Kata Erma: “Saya kuatkan semangat kerana melihat kekuatan suami, Idi Hakim (seorang anggota Dinodi) serta dua anak lelaki dan seorang puteri yang masih memerlukan kasih sayang saya sebagai isteri dan ibu kepada mereka.”



Kata Erma, apabila beliau menerima lagu Sebuah Cinta Agung untuk dirakamkan sebagai single terbarunya, beliau terus jatuh cinta.



“Saya terus jatuh cinta apabila mendengar melodi gubahan dan nukilan seni kata Ashidy Ridwan, seorang komposer muda yang sedang mencipta nama.



“Saya dapati lagu ini memberi makna yang mendalam, mengaitkan pengalaman hidup saya. Saya menangis semasa merakamkan lagu ini.”



Erma pernah merakamkan lagu bersama Puteri Temasek pada 2003 dengan lagu popular, SMS, diikuti dengan album solo, Erma pada 2004.



Pada 2015 merakamkan lagu duet, Setia Cinta bersama suami, Idi Hakim yang juga mendapat sambutan menggalakkan. Mengenai single barunya, beliau berkata:



“Saya hargai setiap pengorbanan mereka yang tersayang. Saya tujukan lagu ini demi memberi dorongan kepada setiap pesakit barah untuk tidak berputus asa. Bina kekuatan diri dengan jalinan akrab dan terus.”



Apa yang diharapkan menerusi luahan Erma menerusi lagu ini?



“Saya harap lagu ini dapat menyentuh perasaan dan sumber inspirasi. Tiada cinta yang lebih agung melainkan Dia Yang Maha Esa. Apabila anak-anak sudah dewasa, mereka dapat mengenang kembali bagaimana ibu mereka pernah bertarung dengan barah, namun kasih sayang keluarga mengukuhkan segalanya.”



Lagu Sebuah Cinta Agung boleh didapati di platform Spotify.




“Saya terus jatuh cinta apabila mendengar melodi gubahan dan nukilan seni kata Ashidy Ridwan, seorang komposer muda yang sedang mencipta nama. Saya dapati lagu ini memberi makna yang mendalam, mengaitkan pengalaman hidup saya. Saya menangis semasa merakamkan lagu ini.’’
– Erma Maulood.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >