Satu keistimewaan pada era 1970-an ialah lagu-lagu saduran yang menaikkan nama sang artis.
Berikut adalah lagu-lagu bintang seperti Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Halil Chik dan Sanisah Huri, yang asalnya merupakan lagu Inggeris mahupun Jepun.
Artis: Sharifah Aini
Lagu: Sayangku dan Manis Manis
Lagu asal: Dendangan kumpulan Sweden, Abba, I Do, I Do, I Do, I Do, I Do dan Honey, Honey
Trivia: Kumpulan Abba mencipta dua lagu ini dalam kabin kecil di kepulauan Viggso di Stockholm, Sweden. Awalnya, mereka menganggap lirik lagu Honey, Honey ibarat lagu cinta monyet yang remeh. Tidak sangka pula ia menguasai carta di merata dunia. Lagu Sayangku pula menampilkan suara biduanita Mahani Mohd sebagai suara latar.
Artis: Halil Chik
Lagu: Lambaian Tanganmu Yang Terakhir
Lagu asal: Angela, dendangan penyanyi Puerto Rico, Jose Feliciano, yang buta
Trivia: Lagu mendayu-dayu ini menjadi kegemaran ramai pencinta irama balada bahkan ia dirakam semula oleh beberapa band merata dunia.
Artis: Sanisah Huri
Lagu: Namamu Nyanyian Hidupku
Lagu asal: Kyoto Doll, merupakan irama instrumental kugiran Amerika, The Ventures. Awalnya, lagu ini berjudul Kyoto Love.
Trivia: . Apabila lirik disisipkan pada lagu ini, ia menjadi lebih merdu dan terkenal kerana vokal lunak penyanyi Jepun, Yuko Nagisa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg