Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Lagu 'Tragedi' bangkit selepas sedekad terkubur

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



ADA pepatah Melayu berkata, 'Biar lambat, asal selamat'.



Mungkin itulah juga keadaannya yang berlaku pada lagu Tragedi dendangan penyanyi dan pelakon kelahiran Johor, Amira Othman.



Walaupun lagu ciptaan antara penggubah lagu tersohor Malaysia, Sharon Paul dengan tulisan lirik Amira sendiri baru kedengaran di gedung digital, bahkan menjadi runut bunyi drama seram Malaysian Ghost Stories, usia lagu ini sudah mencecah 11 tahun.



Ia dicipta ketika Amira, yang nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, belum lagi menyertai peraduan realiti Akademi Fantasia 2013.



Apakah kisah di sebalik Tragedi dan pandangan lulusan muzik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini jika beliau digelar Ratu Lagu Sedih memandangkan lagunya sebelum ini, Surat Akhir, juga berlandaskan kehibaan?



Ikuti wawancara Berita Harian bersama Amira, 28 tahun, menerusi Zoom yang diselaraskan label rakaman Universal Music.



Soalan (S): Apakah yang membuatkan 'Tragedi' ini begitu lama ke udara, disimpan selama 11 tahun?



Amira: Pada ketika itu, saya belum lagi memasuki peraduan realiti Akademi Fantasia 2013. Saya hanyalah penyanyi yang belum ada platform dan pengikut. Jadi saya sangat risau dan tidak yakin jika lagu ini sesuai diterbitkan pada waktu itu atau boleh pergi jauh.



Memandangkan ia dicipta Sharon Paul, nama besar dalam industri muzik Malaysia, saya rasa segan sebab tertanya-tanya cukupkah sokongan?



Jadi, kita simpan dulu lagu ini sampai saya masuk Akademi Fantasia dan keluarkan lagu pertama yang dicipta khusus buat pertandingan tersebut.



Entah macam mana, simpan punya simpan macam tak ada rezeki buat Tragedi. Ia terbiar begitu sahaja sampaikan pengarah The Malaysian Ghost Stories, Izan Mokhtar, hubungi saya.



Kebetulan, 11 tahun lalu, saya pernah beri Izan dengar lagu Tragedi. Dah namanya rezeki, Izan boleh ingat lagi tentang lagu yang sudah lama terkubur.



Di atas usulannya, saya rakam semula vokal bagi lagu ini dengan mengekalkan susunan lagu asalnya.



S: Ketika menulis lirik lagu ini pada usia belasan tahun, apa yang muncul di fikiran?



Amira: Semasa saya dapat lagu ini, saya ingat ketika itu, saya sedang bersembang dengan kakak saya.



Ia adalah lagu dengan tulisan lirik puitis dengan maksud tersirat.



Ada yang bertanya, 'Apakah lagu ini mengenai diri saya dan pengalaman peribadi?'



Sebenarnya tidak. Pada ketika itu, saya masih sibuk belajar lagi. Tak ada nak 'bercintan-cintun'! Ia dihasilkan setelah mengamati melodi lagu ini, bukan kerana ia ada kena mengena dengan hidup saya.



S: Apakah perbezaan antara Tragedi dengan Surat Terakhir yang sudah distrim lebih 335,000 kali?



Tragedi menggambarkan keadaan seseorang yang kehilangan orang tersayang kerana putus cinta atau bercerai.



Surat Akhir pula menceritakan tentang dua insan yang saling menyayangi tetapi berada dalam alam berbeza sebab yang seorang masih hidup manakala seorang pula sudah tiada.



S: Apakah antara maklum balas yang buat Amira terkesan mengenai lagu 'Surat Akhir'? Apakah Amira tidak risau kalau ada yang melabel anda Ratu Lagu Sedih?



Amira: Sebenarnya, rancangan saya nak keluarkan lagu rancak yang 'catchy' selepas Surat Akhir.



Tragedi memang tiada dalam perancangan. Ia rezeki yang tidak saya sangka. Ia datang tiba-tiba.



Bagi saya, saya harus belajar menghargai sebab kalau kita lihat di luar sana, ada yang mengharapkan peluang merakam lagu tetapi belum ada rezeki.



Walaupun perlu menyanyi dua lagu sedih dalam jarak masa tidak jauh, saya sahut cabaran ini dan cuba sampaikan dua lagu ini dengan cara berlainan.



Kadangkala kita harus terus mencuba. Tertanya-tanya juga, bagaimana penerimaan dua lagu sedih silih-berganti?



Namun, Surat Akhir amat istimewa kerana pelbagai respons saya terima. Cuma saya tak dapat tahan sebak di dada membaca kisah orang yang komen tentang lagu ini.



Ada kisah seorang isteri yang kata suaminya saban hari mendengar lagu Surat Akhir. Tak tahu mengapa. Tak lama selepas itu dia meninggal kerana barah. Tangkai hati saya direntap baca kisah sebegini. Tiada hasrat saya menyedihkan orang.



Ia memberi saya pengajaran. Kita harus lebih mensyukuri daripada merungut tentang kehidupan. Hargai orang selagi mereka masih ada. Hakikatnya, pemergian itu pasti.



Saya memang rapat dengan mak dan ayah saya. Membaca kisah orang yang kehilangan ibu bapa dan dapat kaitkan diri mereka dengan Surat Akhir buat saya sebak. Ada juga kisah orang yang kehilangan adik-beradik kerana Covid-19.



Saya belum diuji sebegini hebat maka saya tak dapat nak bayangkan betapa pilunya situasi buat mereka yang ibu bapanya pergi buat selama-lamanya.



Surat Akhir juga disisip dengan pesanan agar kita tidak lupa mengamati bait-bait cinta Tuhan buat kita dalam bentuk kitab suci Al-Quran.



S: Ceritakan tentang tiga 'Tragedi' dalam hidup anda.



Amira: Pertama, ketika kehilangan nenek saya. Kami rapat dan sering berhubungan. Apabila beliau tiada, terasa kesedihannya.



Kedua, ketika terpisah daripada ibu ayah selama lima hingga enam bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya di Kuala Lumpur, ibu dan ayah di Johor. Bagi saya, terpisah tiga hingga empat minggu daripada mereka sahaja satu penyeksaan. Saya jadi susah nak tidur kerana fikir terlalu banyak sangat



Akhir sekali tragedi kerjaya. Ada waktu di bawah. Kalau di puncak jaya, jangan lupa diri.



Nak cari lagu pertama untuk diterbitkan selepas Akademi Fantasia sahaja makan masa lebih setahun. Lagu Hati-Hati macam susah nak diketengahkan.



Namun, ibu bapa saya selalu nasihatkan saya agar yakin bahawa Allah jamin rezeki kita semua. Kita harus berusaha. Akan ada penyanyi baru yang hebat tetapi ini tidak bermakna kita harus mengalah dan berhenti.




Entah macam mana, simpan punya simpan macam tak ada rezeki buat Tragedi. Ia terbiar begitu sahaja sampaikan pengarah The Malaysian Ghost Stories, Izan Mokhtar, hubungi saya. Kebetulan, 11 tahun lalu, saya pernah beri Izan dengar lagu Tragedi. Dah namanya rezeki, Izan boleh ingat lagi tentang lagu yang sudah lama terkubur.''
- Nadia Amira Othman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >