Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bella ingin bersara selepas trilogi ‘Buya Hamka’

Jun 05, 2023 | 06:42 AM



WALAUPUN banyak nilai dari segi perwatakan dan prinsip hidup yang diperolehi oleh pelakon jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella, ketika menjayakan filem biopik Buya Hamka, beliau nekad mengambil keputusan ini adalah filem terakhirnya.


Laudya atau mesra dengan panggilan Bella, 35 tahun, memberitahu media, dirinya sudah lama ingin bersara daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan kepada kehidupannya dan cita-cita lain yang ingin diburu untuk dekat dengan Tuhan.

“Mohon doakan saya. Insya-Allah tiada filem lagi (berhenti berlakon). Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon menerusi filem Buya Hamka (2021).







“Saya sudah lama memasang niat untuk bersara, tapi manusia itu lemah. Semoga saya dibantu Allah swt,” katanya.


Beliau yang dipetik laman ApamPink berkata sudah tiba masanya beliau ‘angkat kaki’ sebagai pelakon kerana mahu berjaya di dunia dan akhirat.


Katanya, masih banyak yang ingin dipelajari selepas ini.

“Saya mohon bantu doakan segalanya dipermudahkan Allah swt. Doakan juga saya beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat,” katanya.


Filem Buya Hamka arahan sutradara terkenal Indonesia Fajar Bustomi dan ditulis Alim Sudio serta Cassandra Masardi ini mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan menelan belanja kira-kira AS$12 juta ($16.2 juta).







Dua syarikat penerbitan gergasi Indonesia iaitu Falcon Pictures dan Starvision telah bergabung tenaga untuk menerbitkan filem ini dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia.  

Laman Getaran pula melaporkan filem ini pada asalnya dicipta untuk dijadikan sebanyak dua bahagian. Namun, disebabkan tempoh menyeluruh filem ini adalah selama tujuh jam, maka filem ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian yang berbeza menjadi sebuah filem trilogi.


Pelakon utama filem Buya Hamka ialah Vino G Bastian yang membawakan watak sebagai Buya Hamka, Laudya sebagai Siti Raham, isteri Buya Hamka dan Anjasmara sebagai Presiden Indonesia, Soekarno.


Menurut salah seorang penerbit filem ini yang mewakili Starvision iaitu Chand Parwez, peruntukan untuk menghasilkan filem ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah penerbitan filem syarikat penerbitannya. 

“Jika mahu bercerita mengenai Buya Hamka, ia memerlukan waktu yang panjang. Beliau adalah tokoh yang sangat terkenal dan disanjung tinggi. Beliau bukan sahaja pahlawan, tetapi ulama, penulis, wartawan dan seorang ketua keluarga yang sangat hebat. Saya sangat bangga dapat terlibat dengan filem ini,” katanya.

Laudya pula menambah:

“Karakter Buya Hamka, nilai hidupnya, prinsip hidupnya...semuanya perkara baik-baik yang saya perolehi. Banyak juga nilai sejarah terkait dengan sosok ulama sekali gus pejuang Buya Hamka yang saya belum ketahui dan mungkin juga bagi generasi muda.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >