Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lima soalan...

Mar 03, 2020 | 05:30 AM



PELAKON serba boleh kelahiran Johor Bahru, Wan Sharmila Wan Muhamed, banyak mewarisi bakat lakonan daripada ibu saudaranya, Wan Maimunah.



Dalam kesempatan bertemu dengannya di Dewan Suntec Singapore sempena acara pasar lambak Mak Besar Powerhouse Market baru-baru ini, banyak yang dikongsi Sharmila, 38 tahun, termasuk mengenai urusan niaga jamu, Aura Kasih.



Bagaimana berkecimpung dalam bidang perniagaan dan meraih manfaat daripadanya?



Tahun lalu, saya berkongsi reruai di Singapura bagi menjual produk jamu Aura Kasih. Alhamdulillah, tahun ini saya dapat menyewa reruai sendiri. Kita bermula sedikit demi sedikit. Meniaga banyak manfaatnya. Dahulu cuma lihat kawan-kawan artis melakukannya.



Dalam keadaan dunia diancam bahaya ancaman kesihatan berupa penularan virus Covid-19, saya cekalkan hati mencari rezeki dan menekankan tentang unsur kesihatan.



Ia perniagaan yang dapat saya kendalikan sejajar dengan bidang lakonan. Jamu Aura Kasih baik bagi mengimbangi hormon, sesuai buat kesihatan kulit, membuang toksin dalam badan, penghadaman serta kesihatan dalaman atau mengubati senggugut.



Ia bukanlah penyembuh tetapi membantu pesakit kencing manis dan barah, mengikut kesesuaian tubuh masing-masing dan mengikut nasihat doktor.



Dalam saya meniaga dan melihat keberkesanannya dari segi pendapatan dan mencorak gaya hidup sihat, saya juga dapat sama-sama membantu mereka yang ingin belajar selok-belok berniaga dan menambah pendapatan sebagai stokis. Kami sediakan pelan keusahawanan yang memperkasa sesiapa yang ingin pertingkatkan daya keusahawanan.



Sepanjang 15 tahun berlakon, apakah watak paling berkesan dalam diri penonton dan Sharmila sendiri?



Awal penglibatan saya dalam bidang seni, orang Singapura akan ingat saya sebagai watak utama dalam Tari Tirana. Tirana adalah gadis Singapura dengan cita-cita dalam bidang seni. Kemudian saya juga adalah Tipah Vavavoom dan juga Lufia dalam Abang Lori Ohsem.



Namun, bagi saya, watak paling berkesan adalah sebagai Sofi Amylia dalam drama popular 7 Hari Mencintaiku. Ramadan ini, musim kedua drama ini akan disiarkan. Jadi tunggulah apa jadi pada Sofi.



Apabila melakonkan watak antagonis, bagaimana layanan penonton di luar?



Orang pandang saya tak suka. Ada yang menjeling atau tak nak pandang kita pun apabila bertemu saya walau kita senyum pada mereka. Tapi apabila saya mainkan watak baik, saya menyedari orang sayang saya pula! Begitulah kuatnya pengaruh televisyen.



Siapakah sumber inspirasi anda dalam bidang lakonan? Artis veteran manakah yang dijadikan idola?



Ada tiga orang yang saya sanjungi. Tidak semestinya yang popular sahaja yang hebat. Ada ramai yang wajar disanjungi. Ibu saudara saya, Wan Maimunah mampu membawa adegan sedih. Beliau akan menangis dan mendandan rambutnya sekali gus. Kebolehannya membuat saya terpaku. Saya nak jadi sepertinya.



Biasanya pelakon menangis sahaja dan tak boleh buat benda lain.



Noorkhiriah pula memang semula jadi boleh menangis. Beliau pelakon air mata. Seorang lagi adalah Fauzi Nawawi yang akan ajar teknik ‘lempang’ orang. Itu pun ada cara.



Apakah watak idaman anda?



Watak lasak dalam filem aksi seperti Paskal. Orang mungkin akan tolak saya sebab nampak macam lembik tetapi kalau mereka latih saya dalam kelas pertahanan diri, saya gerenti boleh mainkan watak aksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >