Lokasi penggambaran menarik turut jadi bahan bualan
Mar 09, 2020 | 05:30 AM
PENGIKUT siri drama Korea Crash Landing On You mungkin dilanda rasa "kehilangan" selepas kesemua 16 episod drama Korea itu tamat dua minggu lalu.
Kisah percintaan dua sempadan larangan antara Ri Jeong Hyeok dari Korea Utara dan Yoon Se-ri dari Korea Selatan lakonan Hyun Bin dan Son Ye-Jin begitu menawan hati ramai penonton sehingga ia menjadi perbualan yang digemari di media sosial dan sorotan menarik Internet.