Topic followed successfully
Go to BHkuLontar suara dari bilik tidur ke pentas Suara 2.0
Premium
Lontar suara dari bilik tidur ke pentas Suara 2.0
Demi memburu cinta dalam bidang nyanyian, mereka sanggup berusaha menentang arus asal sahaja seni mekar di hati. Yang seorang sanggup merantau dan menyeberangi Koswe demi membina nama dalam bidang seni. Yang seorang pula beralih dari pentas sekolah ke pentas awam lebih gah. BERITA HARIAN melaporkan
Jan 18, 2021 | 5:30 AM
Lontar suara dari bilik tidur ke pentas Suara 2.0
NUR SARAH ADRIANA: Ketepikan rasa gentar bertanding di sisi wakil Singapura ke pentas dunia demi pendedahan dan pengalaman baru. - Foto FORTRESS EVENTS -
DARI setakat menyanyi di bilik tidur dan pentas sekolah pada skala kecil, Nur Sarah Adriana Saiful Lizan, memberanikan diri berada di pentas gah Suara 2.0.
Kejayaannya dipilih sebagai antara 10 finalis peraduan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS) itu ibarat mengotakan impian ibunya, Cik Junainah Mat Nasir, yang dahulu pernah menyertai Anugerah 2007 tetapi terkandas separuh jalan.

