Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'HUBUNGI EJEN GUE!' DIPADANKAN DARI DRAMA PERANCIS

Lucu! Dunia selebriti tak glamor seperti disangka

Mencungkil kisah perkahwinan dan perselingkuhan ataupun kehidupan seharian artis bersama ejennya yang gigih mendapatkan pekerjaan buatnya. Inilah antara teras isu yang dibentangkan sebagai tema penceritaan siri drama atau sinetron Indonesia yang dihasilkan eksklusif buat wadah penstriman Disney+. Sebilangannya merupakan karya yang dipadankan daripada siri drama bangsa asing seperti Perancis, British, Filipina atau Korea mahupun novel. Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang menemui penerbit dan pelakon tiga drama Indonesia yang hadir di Singapura bagi acara Paparan Kandungan Disney (Pasaran Asia Pasifik) di Marina Bay Sands.
Dec 19, 2022 | 05:30 AM



DALAM mengharungi kerjaya 15 tahun sebagai pelakon, bintang Indonesia Hannah Al Rashid berasakan itulah tempoh panjang yang mempersiapkan dirinya bagi menggalas peranan selaku Amel, pengurus artis di agensi bakat dalam siri drama Hubungi Ejen Gue!



Ini memandangkan banyak isu seharian yang bermain di minda artis membabitkan hal kerjaya dan kehidupan peribadi yang dialami lantas dekat di hati Hannah, 36 tahun, juga seorang aktivis kemasyarakatan.



TEROKA STIGMA PENUAAN ARTIS



Jelas pelakon kacukan Bugis-Perancis ini dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH) yang berlangsung di Marina Bay Sands (MBS) baru-baru ini:



"Ada banyak sekali perkara dalam drama Hubungi Ejen Gue! ini yang dapat saya kaitkan dengan hidup saya.



"Seakan-akan penglibatan 15 tahun dalam bidang lakonan menyiapkan saya bagi peranan ini. Saya juga pernah mengurus kerjaya saya sendiri tanpa bantuan ejen atau pengurus maka saya faham tentang hal-hal yang perlu watak Amel tangani.



"Khususnya soal penuaan bagi pelakon perempuan dalam industri hiburan. Pada usia saya sebegini, saya sudah mula memikirkan hal ini.



"Bagi saya, sangat menarik untuk melihat pelakon kita mengatasi stigma ini. Apakah seorang pelakon wanita yang sudah tua perlu berdepan dengan situasi dia sudah tidak laku? Lantas, terima kasih kerana beri saya watak Amel untuk saya teroka dan kupas isu ini."



BANYAK KARYA ADAPTASI DRAMA ASING



Hubungi Ejen Gue! merupakan karya komedi yang dipadankan daripada siri drama Perancis, Dix Pour Cent (Call My Agent!), dan dijadualkan disiarkan di aplikasi Disney+ sekitar pertengahan tahun depan.



Ia merupakan antara enam siri drama Indonesia yang disiapkan khusus bagi siaran di Disney+.



Baki lima projek drama lain adalah Wedding Agreement The Series (Musim Dua), Tira, Teluh Darah, Jurnal Risa dan Mendua.



Kesemua perincian drama ini dikongsi dalam satu acara Paparan Kandungan Disney (Disney Content Showcase) di MBS baru-baru ini.



CERITA INDONESIA PASARAN MELUAS



Kata Naib Presiden dan Pengurus Besar, The Walt Disney Company Indonesia, Encik Vineet Puri:



"Kami teruja untuk memaparkan koleksi premium kisah Indonesia kami seiringan dengan beberapa judul besar dunia dalam acara Paparan Kandungan Disney di Singapura ini.



"Menerusi kerjasama kami dengan penjana kandungan paling berbakat di Indonesia, kami akan terus memaparkan penceritaan bermutu yang disenangi penonton Indonesia serta menyumbang pada masyarakat kreatif yang sangat dinamis di negara ini."



Dapat dilihat kandungan yang disajikan sebahagiannya merupakan adaptasi pada drama asing.



Mendua misalnya adalah padanan versi Indonesia pada drama Inggeris, Doctor Foster, yang juga mempunyai versi Korea, The World of the Married dan versi Filipina (Tagalog), The Broken Marriage Vow.



KARYAWAN FILEM HANDALAN TERLIBAT



Hubungi Ejen Gue! dijayakan barisan pelakon yang bukan calang-calang seperti Lydia Kandou, Donny Damara dan Yoga Pratama.



Setiap episod mengetengahkan pelakon Indonesia 'papan atas' (paling cemerlang) yang hadir selaku diri mereka sendiri untuk diurus empat ejen bakat dengan kesulitan dan personaliti tersendiri.



Drama ini merupakan terbitan dua penerbit legenda dunia perfileman Indonesia, Mira Lesmana dan Riri Reza, yang menghasilkan filem 'pecah panggung' Ada Apa Dengan Cinta.



Penerbitan ini juga melibatkan SK Global Entertainment yang terlibat dalam penghasilan filem terkenal Crazy Rich Asians.



Pengarahnya adalah sutradara terbilang Indonesia, Teddy Soeriaatmadja.



ARTIS BUKAN GLAMOR, TETAP MANUSIA BIASA



Mira, 58 tahun, yang hadir dalam sesi wawancara bersama BH, berkata:



"Saya dapati kerja melaksanakan penerbitan Hubungi Ejen Gue! ini sangat menarik. Saya sudah lama ingin bikin siri drama seperti ini.



"Proses penulisannya sahaja makan masa dan kemudian disejajarkan dengan persiapan pelakon selama beberapa bulan. Kami menjalani penggambaran selama 46 hari diikuti dengan kerja pasca penerbitan selama enam bulan kini."



Menurut Mira, drama ini cuba menekankan bahawa dunia selebriti bukan glamor sepertimana yang dilihat orang dari luaran si artis.



"Kita juga dapat melihat bahawa sebagai manusia biasa, artis juga bergelut dengan beberapa hal.



"Di belakang mereka ada ejen atau pengurus yang menentukan apa yang harus mereka lakukan apabila isu kerjaya dicampur dengan kehidupan peribadi.



"Seperti karya lain, ada perihal keluarga, isu-isu yang menyentuh hati di sebalik komedi dan kenakalan yang ditonjolkan watak-wataknya," tambahnya.



TANGANI PELAKON 'PAPAN ATAS'



Hannah yang pernah menerima pencalonan bagi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi Anugerah Citra dan Anugerah Maya untuk peranannya dalam filem Aruna & Her Palate pula berkata:



"Dalam setiap episod, akan ada pelakon 'papan atas' Indonesia yang menjadi versi diri mereka yang lebih besar.



"Saya dan tiga lagi ejen perlu mengurus mereka dengan baik. Cabarannya adalah mengurus karya mereka kadangkala bikin saya sibuk dan tertekan.



"Jarang kita menyatukan barisan pelakon yang luar biasa dalam satu set penggambaran. Kita harus pastikan setiap pelakon itu tahu apa yang perlu dibuat, adegannya dinamis, babak yang dirakam kamera baik-baik sahaja dan dialognya lancar.



"Sebab ini karya komedi maka saya harus tahan tidak ketawa kerana ada banyak adegan yang sangat lucu berlaku," tambah Hannah, lulusan Pengajian Indonesia dan Pembangunan daripada Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, Universiti London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >