Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

RINGKAS

M. Nasir dikecam 'kurang membina'

Jan 04, 2022 | 05:30 AM

BIARPUN Datuk M. Nasir merupakan legenda muzik yang diiktiraf di Nusantara dek karya seninya yang bermutu dan berisi, ternyata ulasan yang disampaikannya buat peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) kelmarin, menyinggung perasaan sebilangan warganet di Twitter.

Ada yang menganggapnya sebagai juri jemputan yang tidak pandai memberi kata-kata membina.

"Maaflah, Datuk M. Nasir seorang legenda tetapi macam tak beri komen bernas," jelas Diffbreak.

Ada pula yang merasakan kata-katanya buat bintang seperti juara Konsert Minggu Ketujuh, Nikki Palikat, serta naib juara, Aliff Aziz kelmarin, sebagai tidak masuk akal dan kurang impaknya buat pembangunan peserta.

Kebanyakan masa, Nasir, 64 tahun, didapati berkata:

"Persembahan awak okey. Awak boleh menyanyi."

Itu yang membuatkan sebahagian besar pengguna Twitter bising lantas menulis:

"Memanglah... kalau dia tak boleh menyanyi, takkan dah lama menyanyi dan bikin album. Takkan nak masuk GV8..."

Nasir turut mempersoal sebab Suki Low menggunakan kaca mata hitam ketika menyanyi kerana menurutnya ia menutupi emosi Suki ketika menyanyi.

Pengguna Twitter, Blue Suede Shoes, menulis:

"M. Nasir adalah juri tamu yang paling teruk sejauh ini. Apalah beri kritikan kepada Aliff Aziz... tentang perlunya empati dan simpati.

"Dan mengapa mesti nak komen tentang lagu yang Suki Low nyanyikan terlalu maskulin buat Suki? Apa ada kena-mengena muzik tu dengan seseorang itu lelaki atau perempuan? Macam mana ni mereka dianggap pengadil bertauliah?"

Fiffyamirza pula menambah:

"Saya rasa penerbit harus panggil orang macam Datuk Mokhzani Ismail yang beri komen membina buat peserta perbaiki diri. Bukan M. Nasir.

"Takkan setakat beri komen seperti, "Persembahan awak ok je sebab lagu ni mendatar."

Lian Is Busy pula berkata:

"Daripada M. Nasir kita boleh belajar bahawa tidak semua penyanyi bagus dan berpengalaman sepertinya boleh beri komen yang baik."

MiloAisKatTepi pula menambah:

"Komen M. Nasir ni tak perlu. Nasib baik tiada yang bawakan lagu M. Nasir minggu ini. Bayangkan apa komen beliau kalau ada yang menyanyikannya di depan matanya?"

Di sebalik segalanya, ada juga warganet yang mengambil positif komen penggubah banyak lagu 'hit' itu.

"Saya faham mungkin Datuk M. Nasir orangnya memang tidak banyak berkata-kata. Tapi kalau dia kata dia ikuti perkembangan Aliff Aziz dari album pertama dan menjangkakan lebih daripada Aweera, maknanya dia tahu mereka bagus.

"Dia pun anggap persembahan Suki Low menyanyikan lagu Pop Shuvit, Marabahaya, merupakan satu percubaan yang baik. Kita ambil positif sahaja. Asal dia tak pekik-pekik atau tunjukkan muka tak suka, dah okaylah tu!" tulis Seriwati pula.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3