Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Majlis kahwin Kamal-Uqasha langgar SOP?: Pengarah Michael Ang sedia beri keterangan

Dec 28, 2021 | 10:24 PM



PETALING JAYA – Pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang, sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pelanggaran prosedur operasi stan­dard (SOP) majlis perkahwinan Uqasha Senrose dan Kamal Adli.



Michael atau nama lengkap­nya Michael Ang Hai Swee ketika dihubungi Kosmo! berkata, beliau sedia berkongsi keadaan sebenar sepanjang menghadiri majlis perkahwinan tersebut di Genting Highlands.



“Kalau dipanggil untuk beri keterangan, sudah tentu saya sedia membantu. Saya akan beritahu perkara sebenar situasi dan suasana majlis pada hari tersebut,” katanya.



Dakwanya, suasana yang dilihat menerusi video adalah berbeza dengan keadaan sebenar di lokasi dan kesemua tetamu mematuhi SOP pemakaian pelitup muka kecuali semasa makan.



“Tetamu yang hadir diwajibkan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 di klinik dan perlu menunjukkan sijil keputusan ujian tersebut. Kami juga perlu lengkap dua dos vaksinasi.



“Jumlah tetamu tidak sampai 200 orang. Lagi pun tempat yang dibuat kecil sahaja,” katanya.



Justeru, Michael menasihati warganet supaya bijak membuat penilaian dan jangan membuat tuduhan melulu selain memperbesarkan perkara tidak benar.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang dipercayai melanggar SOP di Genting Highlands pada 15 Disember lalu.



Menurut beliau, pihaknya me­nerima laporan polis berhubung satu video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial.



“Siasatan awal mendapati terdapat tetamu yang tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakkan sosial."



“Aktiviti itu telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Kes disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021,” katanya. - Kosmo!



 



 



 




ResQ UPSI terima sumbangan kelengkapan untuk mangsa banjir



28 Disember 2021, 9:13 pm




 


 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >