LAGU yang masih lagi menjadi antara pilihan ramai di pusat karaoke dan sudah tentu dikenali setiap lapisan masyarakat, Mengintai Dari Tirai Kamar, diberi nafas baru oleh penyanyi asalnya, Ezad Lazim.
Ciptaan versi baru ini hasil kerjasama dengan pempengaruh sosial dan penyanyi yang kian meningkat naik namanya, Amsyar Leee.