Dua sukarelawan Yayasan Mendaki, Encik Muhammad Sufi Sayuti dan Encik Muhammad Firdaus Kamaludin Jamal, sanggup meluangkan masa mendekati remaja dan belia dari segi akademik dan kemahiran hidup. Usaha mereka mendapat pengiktirafan dalam majlis Menghargai Sukarelawan Yayasan Mendaki baru-baru ini. Ikuti laporan NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg).
Jul 21, 2016 | 5:30 AM
ANJUR ACARA BELIA: Encik Muhammad Firdaus turut membantu menganjurkan acara perlumbaan 'Amazing Race' di bawah Program Kemahiran Hidup dan Akademik anjuran Yayasan Mendaki. - Foto ihsan MUHAMMAD FIRDAUS KAMALUDIN JAMAL -
BERI MOTIVASI: Encik Muhammad Firdaus (kanan), antara relawan yang menganjurkan program ALCymPics di Taman Pasir Ris, yang bertujuan merangsang pembangunan menyeluruh belia. - Foto ihsan MUHAMMAD FIRDAUS KAMALUDIN JAMAL -
BERSAMA PELAJAR JEPUN: Encik Firdaus (dua dari kanan) mewakili Yayasan Mendaki dalam acara Jenesys 2.0, iaitu program pertukaran bagi belia dan pelajar Jepun-Asean-Oceania dari 26 Mei hingga 3 Jun 2014. - Foto ihsan MUHAMMAD FIRDAUS KAMALUDIN JAMAL -

SUKARELAWAN program Bimbingan Kemahiran Hidup dan Akademik Yayasan Mendaki, Encik Muhammad Firdaus Kamaludin Jamal, 28 tahun, mampu mendorong anak muda pendiam berasa selesa berbicara depan khalayak ramai.
Beliau juga berjaya memberi dorongan kepada anak muda tersebut, yang menceburi bidang aeroangkasa di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), sehingga berjaya menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik.