HANYA setahun diberikan kepercayaan mengendalikan program hiburan popular, Melodi, pelakon dan pengacara, Nabila Huda, 37 tahun, tidak sedikit pun terkilan atau marah apabila tempatnya diganti rakan baiknya, Ain Edruce.
Malah, anak kepada roker terkenal, Amy Search itu menerima perubahan secara terbuka, selain menyifatkan pengalaman mengendalikan program hiburan nombor satu itu sebagai kenangan indah dalam perjalanan seninya.