Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Ku terus nyanyi kerana Mama’

Nasihat ibu yang persis 'Srikandi Cinta' bakar semangat Reef

Ibu yang memberi galakan agar mereka terus menyanyi adalah segalanya buat dua bakat Singapura ini. Apabila ibu mereka
menyahut panggilan Ilahi, kehilangannya begitu terasa tetapi mereka terus ingati pesanan ibu mereka untuk teruskan nyala
rasa dalam bidang seni. BERITA HARIAN melaporkan.
Jan 03, 2022 | 05:30 AM



SETIAP kali mendengar lagu kumpulan Bloodshed, Srikandi Cintaku, yang dicipta Datuk M. Nasir, penyanyi Muhd Arif Juma'at, atau Reef, akan teringatkan semangat juang arwah ibunya yang menderita penyakit barah.



'Srikandi Cintanya' itu meninggal dunia pada Ogos 2020 sebelum pertandingan Suara 2.0 yang disertainya.



Tatkala itu, Reef, 40 tahun, menyifatkan dirinya 'setapak dekat tetapi akhirnya jauh' untuk masuk ke peringkat akhir peraduan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).



Namun, kerana teringatkan nasihat ibunya yang pada waktu itu terlantar sakit, beliau gagahkan semangatnya bagi menyertai Suara 3.0 yang akan sampai ke kemuncaknya pada 23 Januari ini.



Rezeki Reef, ayah tiga anak perempuan yang sudah bergelar datuk, ternyata ada kali ini.



Beliau lantaran itu enggan mensia-siakan peluang yang diberi dan bakal menyanyikan lagu band Mojo, Romancinta bagi peringkat akhir kelak.



"Mulanya, saya terfikir-fikir nak masuk lagi peraduan Suara ini atau tidak. Takut orang menyampah pula... balik-balik muka saya.



"Bagaimanapun, apa yang membakar semangat saya untuk masuk lagi adalah mengenang janji yang saya buat kepada arwah ibu bahawa saya akan secara serius membangun minat saya dalam bidang nyanyian.



"Sebelum ini, saya memang suka-suka masuk peraduan tanpa menetapkan sebarang matlamat untuk bina minat dan nyala rasa saya seikhlasnya dan dengan sungguh-sungguh.



"Saya tak dapat lupa peristiwa di mana ibu yang memang sudah terlantar sakit selepas penyakit barahnya menyerang kembali tiba-tiba bisikkan sesuatu pada saya pada penghujung hayatnya. Walhal ketika itu beliau memang sudah lemah dan payah berbual. Ditariknya saya dekat dengannya.



"Katanya, 'Kau masih nyanyi? Kalau nak nyanyi tu, buat betul-betul... jangan terpekik-pekik. Jangan main-main..." kongsi Reef dalam satu wawancara Zoom bersama Berita Harian.



Kata-kata itulah yang menyentaknya walaupun pada awalnya, beliau hairan mengapa ibunya kemukakan perkara itu kepadanya yang sudah empat tahun menggantung mikrofon untuk fokus pada pekerjaan sebagai penolong pengeluaran di syarikat perlombongan.



Susuli kejadian itu, Reef membina tekad untuk kembali menyanyi dan kali ini dengan tekad yang lebih serius dan bukan persis peribahasa, 'hangat-hangat tahi ayam'.



Selepas Suara 3.0, apa pun keputusannya, beliau ingin rebut peluang menyanyi dengan tangan terbuka dan mengharungi perjalanan seni yang membuka mata, minda dan jiwa.



"Saya kadangkala rasa sudah terlalu banyak masa yang saya buangkan begitu sahaja. Itulah antara penyesalannya.



"Sebagai anak yang banyak khilaf, rasanya ada perkara yang saya buat yang mengecewakan ibu, tetapi beliau selalu ada untuk saya, tempat saya berlindung, orang yang akan melayan kerenah dan merapiknya saya, mendengar keluh-kesah saya dan memberikan saya dorongan untuk teruskan perjuangan hidup.



"Jadi saya takkan hampakan ibu dan usahakan untuk berikan yang terbaik dalam kerjaya seni saya," jelasnya mengenai pengalaman kehilangan ibu yang pergi pada usia 71 tahun apabila barahnya sudah merebak ke tulang belakang, paru-paru dan darah.



Ditanya mengenai minat menyanyinya pula, beliau berkata anehnya ketika kecil, memang beliau pemalu untuk menyanyi di khalayak ramai.



Setiap kali namanya dipanggil untuk berkaraoke di majlis kahwin, beliau akan cuba melarikan diri dan bersembunyi di balik kereta bapanya.



"Saya ingat kumpulan barat, Boyz II Men adalah sebab saya kuatkan tekad ingin menyanyi. Kumpulan yang terkenal dengan lagu End of the Road ini membuatkan saya teruja menyanyi.



"Saya juga jadikan Datuk Ramli Sarip sebagai pembakar semangat untuk saya menyanyi. Saya lihat semangat juangnya. Pada usianya yang sudah melepasi 60-an tahun, legenda ini masih 'steady' menghiburkan kita dengan lagu-lagunya," jelas Reef.



Sebagai datuk yang menimang cucu pada usia muda, Reef syukuri tanggungjawab itu dan tidak menganggapnya sebagai beban.



"Dulu saya lihat ibu saya sayang cucu-cucunya dan kelihatan macam lebih daripada anak-anaknya.



"Apabila dah ada cucu sendiri, barulah saya faham mengapa keadaannya begitu. Kita akan manjakan cucu kita dan ingin melindungi mereka.



"Saya juga hargai pengalaman menjadi ayah tiga anak perempuan yang di sebalik kelembutan mereka, lasak apabila bermain bola!



"Bab tu memang ikut jejak langkah saya yang pernah ada impian membangun minat dalam bola sepak, tetapi kerana kecederaan tak dapat teruskan," katanya lagi.



Reef kini berharap bidang seni suara akan memberinya cahaya baru pada 2022.



"Rakan sekolah menengah saya adalah penyanyi yang berjaya, Imran Ajmain dan Hady Mirza. Kawan semasa Perkhidmatan Negara (NS), Ryan Sufiyan juga penyanyi.



"Mereka membuatkan saya mendorong diri saya untuk beri yang terbaik dalam bidang nyanyian. Tiada had atau batas usia untuk menghiburkan orang. Semangat itu saya dapat setiap kali lihat Datuk Ramli menyanyi," jelasnya lagi.




"Bagaimanapun, apa yang membakar semangat saya untuk masuk lagi adalah mengenang janji yang saya buat kepada arwah ibu bahawa saya akan secara serius membangun minat saya dalam bidang nyanyian."
- Muhd Arif Juma'at, atau Reef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >