Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Ceriakan suasana 'duduk rumah' sewaktu tempoh pemutus litar, kata pendengar

LAGU RAYA LEBIH AWAL DI CORONG RADIO
May 09, 2020 | 05:30 AM

Dalam ramai berusaha memujuk hati agar manfaatkan masa berlebaran di rumah kelak dalam tempoh pemutus litar, ternyata mereka terhibur dan lebih bersemangat apabila lagu-lagu Raya diputarkan di stesen radio lebih awal daripada biasa.Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan bagaimana lagu Hari Raya khususnya yang malar segar menjadi penawar kebosanan dan pembangkit semangat dalam Singapura berdepan dengan wabak Covid-19. Sambutan Raya #DudukRumahJer juga lebih bermakna apabila sekumpulan bakat tempatan menghasilkan lagu Lebaran baru, Tetap Hari Raya daripada keselesaan rumah masing-masing.

SETIAP kali mendengar lagu rok Lebaran kumpulan legenda Sweet Charity, Seri Hari Raya di corong radio, guru tuisyen Cik Noor Aslina Niti teruja bagaikan ingin 'head banging' atau antuk kepala dengan baju kurungnya.

Kini, beliau tidak lagi perlu menunggu lama sehingga minggu ketiga bulan puasa bagi menikmati lagu-lagu Lebaran menusuk jiwa berkumandang di stesen radio setempat.

Pada awal Ramadan iaitu sekitar minggu kedua berpuasa, stesen Warna 942 dan Ria 897 sudah memutarkan lagu-lagu Hari Raya klasik mahupun yang baru bagi menghiburkan pendengar yang sebilangannya bekerja atau belajar dari rumah.

Usaha ini amat dihargai beberapa pendengar yang akui kadangkala dirundung kebosanan tetapi akur pada langkah keselamatan yang diperketatkan dalam tempoh pemutus litar bagi mengekang wabak Covid-19.

Tempoh ini dilanjutkan hingga 1 Jun melepasi tarikh Hari Raya yang dijadualkan diraikan pada 24 Mei ini.

Dengan langkah itu, kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai tidak dapat dilakukan dengan ramai sudah bersedia bermaaf-maafan menerusi aplikasi Zoom atau panggilan video.

Kata Naib Ketua Audiens Melayu, Mediacorp, Encik Ezra Farabi:

"Stesen-stesen Warna 942 dan Ria 897 mula memutarkan lagu-lagu Raya pada minggu kedua Ramadan. Namun, lagu-lagu Raya lebih kerap dimainkan pada minggu keempat Ramadan sehingga minggu ketiga Syawal. Lagu-lagu Raya mempunyai banyak unsur kekeluargaan dan nasihat, dan ini dapat membangkitkan semangat meraikan Syawal yang menjelang tiba.

"Kami menerima maklum balas positif. Ramai pendengar kami, terutama mereka yang berada di rantauan mengalu-alukan inisiatif ini. Ada yang berkongsi, lagu Raya membangkitkan kenangan dan mendatangkan rasa kesyahduan dan nostalgia, lagi-lagi dalam situasi pemutus litar di mana kita berjauhan dari keluarga, sanak saudara dan rakan taulan."

Langkah pihak radio memutarkan lagu-lagu Raya awal ini disambut baik penggubah bunga profesional, Cik Hamidah Abdul Karim.

Katanya:

"Lagu Raya ini sekadar hiburan. Lantas itu, bagus juga kalau ia diputarkan lebih awal di radio. Maklumlah, kita semua perlu duduk di rumah. Maka, lagu Hari Raya boleh dijadikan penawar dan penghibur hati."

Penganjur acara hiburan, Encik Zahid Ali, pula memiliki koleksi lagu Raya dalam senarai audio aplikasi Spotify pada telefon bimbitnya.

Ini memudahkannya mendengar lagu-lagu Hari Raya kegemaran pada bila-bila masa sahaja.

Namun, kata Encik Zahid, beliau lebih seronok dan terbiasa mendengar lagu Hari Raya di radio, apa lagi mendengar segmen permintaan.

"Saya rasa 'mood' beraya itu lebih terasa apabila membuat persiapan seperti bikin kuih atau cat rumah sambil mendengar lagu-lagu Raya daripada bintang klasik seperti Saloma, P. Ramlee, S. Jibeng, Sudirman dan Ahmad Jais.

"Lebih kelakar apabila dengar kerenah pendengar yang menelefon dan ingin membuatkan ucapan Hari Raya yang kadangkala melucukan misalnya buat ayah yang sedang tidur atau adik yang baru pandai berjalan," jelasnya.

Jurulatih silat, Encik Khaizuran Ahmad Salleh pula menambah tiada salahnya memutarkan lagu Hari Raya lebih awal sebab kebanyakan lagu Lebaran ini mengandungi nasihat seperti mengingati nasib anak yatim, menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, saling bermaafan dan beroleh kemenangan selepas perjuangan berpuasa.

Ternyata, ramai yang akui lagu Hari Raya memiliki keistimewaan sendiri dalam membuat ramai digamit memori. Cik Noor Aslina sendiri memiliki senarai lagu Hari Raya kegemaran dengan setiap satu mengandungi nostalgia tersendiri.

Seperti katanya: "Setiap lagu Raya membawa maksud berbeza. Di Pagi Aidilfitri oleh kumpulan Elite misalnya membuatkan saya rasakan kesucian menyambut 1 Syawal. Suatu Hari Di Hari Raya oleh Datuk M. Nasir pula membawa 'mood' positif beraya dengan jaminan semuanya baik-baik sahaja.

"Ada juga seperti Hari Lebaran oleh M. Ramlee yang mencuit hati sebab sentuh tentang kisah si kuih koci! Halaman Asmara dendangan Awie dan Ziana Zain pula mengingatkan tempoh bercinta denan suami," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3