Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerana Korona

Apr 18, 2020 | 5:30 AM
YOON HAK: Beliau pulang dari Jepun pada 24 Mac lalu dan disahkan positif menghidap koronavirus pada 1 April. - Foto ALLKPOP
YOON HAK: Beliau pulang dari Jepun pada 24 Mac lalu dan disahkan positif menghidap koronavirus pada 1 April. - Foto ALLKPOP -

Wanita dakwa dijangkiti Yoon Hak yang positif Covid-19- Menyusuli laporan bintang band KPop, Supernova, Yoon Hak disahkan positif menghidap Covid-19, seorang wanita pula mendakwa dirinya dijangkiti koronavirus kerana bertemu dengan penyanyi itu. - Laman Soompi melaporkan wanita yang dikenali sebagai A, yang bekerja di pusat hiburan sekitar Gangnam di Seoul, Korea Selatan, menyatakan Yoon Hak bertemu dengannya bulan lalu. - A kemudian menyatakan beliau terasa tanda-tanda Covid-19 pada dirinya dan selepas satu pemeriksaan doktor, dirinya disahkan positif dijangkiti virus tersebut. - Wakil pengurusan Yoon Hak menjelaskan kepada laman Newsen pula pihaknya tidak menafikan A adalah seorang kenalan Yoon Hak. Namun, mereka tidak bertemu di pusat hiburan itu tetapi lokasi lain. - Yoon Hak, 35 tahun, pulang dari Jepun pada 24 Mac lalu dan mula merasakan tanda-tanda Covid-19 tiga hari selepas itu. - Beliau disahkan positif menghidap koronavirus pada 1 April lalu dan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan. - Ramai warganet pula menyalahkan Yoon Hak kerana tidak kuarantin diri selama dua minggu sejurus pulang dari Jepun.

Jackman tutup kafe, harap anak tenang

- Pelakon tampan Hugh Jackman telah menutup secara sementara kafe miliknya di New York kerana wabak Covid-19. - Menurut laman Bang, Jackman, 51 tahun, mengumumkan kepada peminatnya di Instagram bahawa kafe yang diberi nama Laughing Man itu perlu ditutup bagi keselamatan pekerja kafe dan masyarakat. - ''Kami rasa inilah cara terbaik bagi melindungi masyarakat New York. Kami juga mahu kafe ini menjadi tempat interaksi yang selamat dan bukan ruang yang berpotensi membawa bahaya kepada anda. Maka, inilah masa kami cuba menyelami lebih dalam lagi cogan kata kafe kami, ''All Be Happy'' (Biar Semua Gembira) sambil berharap ia akan dapat membantu kami menuju ke arah misi kemanusiaan yang lebih bermakna,'' tulis Jackman. - Dalam menangani tempoh berkurung kerana koronavirus kini, Jackman lebih risaukan anak-anaknya yang berusia 19 tahun dan 14 tahun. - ''Saya risau tentang daya mental mereka kerana mereka tidak dapat ke sekolah untuk bergaul dengan teman mereka. Saya juga tidak mahu keresahan yang keterlaluan mengisi benak kerana terpaksa duduk di rumah membawa kesan mendalam bagi diri mereka,'' ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg