Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

LULUSAN ELEKTRONIK AEROANGKASA

Cita-cita jadi juruterbang semakin hampir tercapai

Tiga pelajar Politeknik Ngee Ann yang muncul sebagai antara pelajar terbaik dalam kohort mereka berkongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. BERITA HARIAN mewawancara pelajar tersebut yang baru-baru ini dianugerahkan diploma mereka.
May 16, 2022 | 05:30 AM



SEJAK remaja lagi Encik Haziq Abdul Rahman telah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.



Kini pada usia 20 tahun, dia semakin hampir mencapai impiannya.



Encik Haziq merupakan salah seorang lulusan cemerlang kursus Elektronik Aeroangkasa di Politeknik Ngee Ann.



Encik Haziq bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang sejak berusia 14 tahun ketika masih berada di menengah dua di Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.



Berdasarkan gabungan mata pelajaran yang ditawarkan oleh pihak sekolah, Encik Haziq mengambil kira semua pilihan kerjaya yang ditawarkan sebelum membulatkan tekad untuk menjadi seorang juruterbang.



Malahan, minat Encik Haziq terhadap kapal terbang bermula sebelum peringkat sekolah menengah lagi.



Semasa kecil, Encik Haziq dan keluarganya akan menaiki pesawat untuk bercuti.



"Walaupun saya bercuti, saya lebih meminati dan memberikan tumpuan terhadap pesawat dan lapangan terbang yang dikunjungi," ujar Encik Haziq lagi.



Sebagai pelajar Elektronik Aeroangkasa, Encik Haziq berpeluang mempelajari tentang teknologi penerbangan dan aerodinamik penerbangan serta mendalami cara enjin sesebuah pesawat itu beroperasi.



Encik Haziq yang ketika ini sedang menunggu untuk menjalani Perkhidmatan Negara seterusnya akan melanjutkan pelajarannya dalam kursus Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Selepas tamat pengajian di universiti kelak, Encik Haziq bertekad untuk menyertai kursus juruterbang pelatih yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Scoot.



Encik Haziq juga menekankan tentang pentingnya sokongan rakan-rakannya, Ivan dan Ian semasa pengajiannya di Politeknik Ngee Ann.



Encik Haziq berkata: "Mereka telah memberikan galakan serta motivasi semasa saya menghadapi kesukaran. Ada ketikanya saya kurang memahami topik-topik yang diajar dalam kelas, merekalah yang membantu saya."



Encik Haziq juga berkata bahawa dia sentiasa rela membantu rakan-rakan seperjuangan jika mereka pula menghadapi masalah.



Bagaimanapun, Encik Haziq tetap menghadapi rintangan dalam perjalanannya mencapai cita-cita.



Pada 2019, permohonannya untuk menyertai Singapore Youth Flying Club ditolak.



Pada mulanya Encik Haziq berasa kecewa tetapi akhirnya, dia masih tekun untuk meneruskan perjuangannya.



Dalam majlis konvokesyen baru-baru ini, Encik Haziq dianugerahkan Diploma Elektronik Aeroangkasa dengan Merit dan Sijil DiplomaPlus Kejuruteraan Matematik Lanjutan.



Encik Haziq amat berterima kasih kepada ibu bapanya, Cik Abdul Rahman Awad dan Cik Zulianna Mohamed Amin yang sentiasa menyokong minatnya untuk mengendali pesawat dengan membelikannya permainan simulator penerbangan.



Apabila diminta memberikan nasihat kepada para pelajar yang lain yang sedang berusaha untuk mencapai cita-cita mereka, Encik Haziq berkata:



"Jika anda benar-benar mahu mencapai cita-cita, anda harus mencuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Jika menghadapi halangan dalam perjalanan, anda harus tabah dan sentiasa tekun berusaha."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >