Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Liverpool mahu tebus kecewa, Everton tekad bangkit terus

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata anak buahnya tidak sabar untuk menebus kekecewaan tewas kepada kelab Italy Atlanta dalam Liga Juara-Juara Eropah, dengan mempamerkan kebolehan sebenar mereka dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) menentang Brighton malam ini (8.30 malam waktu Singapura).



Juara bertahan itu, yang menerima kritikan setelah persembahan hambar semasa menentang Atlanta, kini menduduki tangga kedua tetapi berkongsi mata dengan Tottenham Hotspurs yang di tangga teratas.



Tiga mata daripada perlawanan Brighton akan membolehkan Liverpool menduduki tangga teratas, sekurang- kurangnya hingga Spurs menentang Chelsea di Stamford Bridge esok.



''Pemain kecewa dengan persembahan mereka (semasa menentang Atlanta) dan tahu mereka perlu bangkit.



''Brighton pasukan sukar ditandingi dari segi komitmen dan kesungguhan, lebih-lebih lagi bermain di padang sendiri, jadi kami tahu kami perlu bermain pada tahap 100 peratus,'' ujar jurulatih Jerman itu.



Bagaimanapun, Klopp menekankan masih terlalu awal untuk memikirkan soal kedudukan dalam liga dan menduduki tangga pertama pada peringkat ini ''bukanlah satu keutamaan''.



''Banyak boleh berlaku dalam bulan- bulan mendatang... jadi kami tidak fikirkan soal nombor satu, nombor dua, tidak. Yang penting ialah mengekalkan persembahan kami pada tahap optimum, lebih-lebih lagi dengan cabaran jadual musim ini yang begitu ketat,'' kata Klopp, yang beberapa kali mengadu mengenai jadual liga musim ini yang katanya tidak menyebelahi pasukannya.



Brighton pula berkata mereka menyambut kedatangan Liverpool ke Stadium Masyarakat American Express dengan yakin.



''Tidak apa yang perlu kami gentarkan,'' kata pengurus Brighton Graham Potter.



''Kami tahu kekuatan mereka. Liverpool pasukan hebat, juara bertahan dan walaupun bermain di padang lawan, mereka dijangka mengutip mata penuh. Jadi kami melangkah ke perlawanan ini tanpa tekanan berlebihan.



''Yang penting kami menunjukkan persembahan baik dalam usaha kami mendaki tangga liga,'' katanya, yang pasukannya kini menduduki tangga ke-16.



Jiran Liverpool, Everton, juga berazam mengutip mata penuh apabila pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana musim ini, Leeds United, berkunjung ke Goodison Park.



Everton, yang menduduki tangga keenam setelah lima kemenangan musim ini, mahu meneruskan momentum kebangkitan mereka - menyusuli kemenangan 2-3 ke atas Fulham - setelah mengalami tiga kekalahan sebelum musim berehat bagi perlawanan antarabangsa minggu lalu.



Pengurus Everton Carlo Ancelotti menuntut persembahan lebih konsisten daripada anak buahnya.



''Kami bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan namun kemudian kami melalui fasa gagal bermain dengan baik. Saya dan pasukan jurulatih menekankan perkara ini semasa latihan dan saya harap perkara ini dapat diatasi,'' ujarnya.



Perlawanan lain malam ini termasuk Manchester City menentang Burnley. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >