Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'One Day' kotakan impian 2 'budak Teban Gardens'

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



DUA bakat Singapura, Qai Rahman dan Drey Qula, saling mengenali sejak kecil lagi, malah membesar di kejiranan yang sama iaitu di Teban Gardens.



Ternyata, seperti tajuk lagu dwibahasa Melayu-Inggeris mereka, One Day, impian bekerjasama dalam bidang muzik suatu hari datang juga.



Apakah kisah di sebalik lagu ini? Ikuti wawancara bersama Qai, 31 tahun, yang nama sebenarnya Abdul Qaiyum Abdul Rahman dan Drey Qula, 34 tahun, yang nama sebenarnya, Sapuan Mohd Supernoh.



Soalan (S): Ceritakan perjalanan seni Qai. Bagaimana kerjasama bagi 'One Day' terjalin?



Qai (Q): Minat mencipta lagu bermula dari bangku sekolah. Namun, pada waktu itu saya hanya mencipta lagu sebagai hobi.



Pada 2014, saya ditawarkan bermain gitar dan papan nada bersama band Singapura, Brogo, yang diketuai Fyno.



Pengasas band tersebut, Abu Sulaiman, turut memberi saya peluang mencipta dua lagu, Janjiku dan Kesunyian.



Saya juga pernah mencipta dua lagu buat penyanyi Singapura, Wan Mohd Fuad. Tajuknya Hapus (2016) dan Menunggu (2020).



Kerjasama dengan Drey Qula merupakan satu impian menjadi kenyataan. Sejak usia saya enam tahun, saya sudah mengenalinya kerana sama-sama membesar di Teban Gardens.



Saya tahu beliau memang rapper berbakat.



One Day pula bermula sebagai lagu solo tetapi setelah siap, saya berasakan ia belum lengkap.



Abu selaku penerbit bersama lagu ini dan saya sendiri mengambil keputusan menambah ungkapan kata rap dalam lagu ini.



Alhamdulillah, ia satu keputusan yang baik memandangkan rap diterima baik dalam kalangan pendengar masa kini.



S: Ceritakan perjalanan seni Drey Qula. Bagaimana dapat nama pentas ini?



Drey Qula (DQ): Saya terlibat dalam dunia hip-hop seawal tahun 2000 apabila saya menganggotai kumpulan rap 'underground'.



Nama Drey Qula ini diberi seorang teman zaman remaja yang kata gigi saya bertaring macam watak Dracula!



S: Bagaimana kerjasama dengan Qai?



DQ: Saya sangat senang dan selesa bekerjasama dengan Qai sebab kami sudah lama berkawan dari sekolah rendah dan menengah lagi.



Qai memang berbakat dalam gubahan lagu serta memiliki cita rasa muzik yang segar dan berlainan.



Sebenarnya, sudah 16 tahun saya tak rap. Awalnya terfikir apakah saya mampu melontarkannya dengan baik. Alhamdulillah, berkat irama yang segar, semuanya menjadi.



S: Apakah yang anda suka tentang lagu 'One Day'?



DQ: Lagu ini lain daripada lagu rap lain yang pernah saya dendangkan. Ia mempunyai getaran rasa yang 'chill' dan segar. Ia membawa pembaharuan pada muzik Singapura.



S: Nilaikan potensi Drey Qula dalam bidang seni.



Q: Mutu vokalnya amat baik. Beliau memiliki intonasi suara berbeza daripada rapper lain. Ini antara sebab mengapa saya memilihnya sebagai rakan kerjasama.



Beliau juga boleh menulis lirik dengan baik. Tidak mudah baginya yang bermula sebagai rapper lagu Inggeris menulis dalam bahasa Melayu.



Lantaran itu, saya kagum dengan kebolehannya itu dan yakin beliau akan bertahan lama dalam persada seni Singapura.



S: Apakah kisah di sebalik 'One Day'?



Q: Saya mengikut keadaan semasa dan apa yang dilalui secara peribadi setiap kali menulis lirik lagu.



One Day mengisahkan tentang hidup yang tidak akan kekal selama-lamanya dan juga jaminan apa jua kesusahan yang dilalui, suatu hari ia akan berakhir juga.



S: Apakah pandangan anda tentang trend lagu dwibahasa yang kian kelihatan dalam pasaran muzik?



Q: Ia bukan satu eksperimen. Kebanyakan pencipta lagu sudah mula menggunakan perkataan Inggeris dalam lagu bagi menyampaikan maksud yang tersirat dalam lagu ini secara berkesan kepada lebih ramai pendengar muda.



'One Day' adalah perkataan yang sering digunakan semua orang dalam bicara harian. Ia menggambarkan sesuatu yang tidak pasti tetapi membawa harapan akan terjadi.



DQ: Lagu dwibahasa Melayu-Inggeris mudah diterima ramai apabila bahasa Inggeris menjadi basahan percakapan ramai yang selesa selang-selikan pertuturan bahasa Melayu mereka dengan perkataan Inggeris.



S: Namakan tiga lagu duet yang berkesan di hati.



Q: Hard Times yang dinyanyikan The Roots dan John Legend. Saya suka suara Legend yang memukau. Beliau pencetus inspirasi.



Kedua, X Missing U oleh Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju dan YonnyBoii. Ia satu gabungan yang bijak dan segar kerana ada bintang mapan dan artis baru.



Akhir sekali, Percaya oleh bakat tempatan Zalelo dan Yul Elias. Ini petanda bakat Singapura boleh hasilkan lagu yang mengikut trend terkini. Zalelo pula artis 'out of the box' dengan sentiasa sajikan idea baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >