Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pasca GV8: Cef selebriti Fazley tegur warganet yang bawa sentimen negara dan pertikai kemenangan Aliff Aziz

Jan 28, 2022 | 06:11 PM



PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob, juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Aliff Aziz yang dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8), pada Ahad lalu (23 Januari).



Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Asmara ini menerusi pos Instagram miliknya.



Menurut Fazley dalam laporan yang dipetik daripada Utusan Online, beliau rasa bangga buat isteri Aliff, Bella Astillah, yang tidak pernah lekang memberikan semangat sepanjang masa buat Aliff walaupun pernah diduga pelbagai ujian rumah tangga, sebelum ini.



Beliau juga menitipkan doa yang baik-baik buat pasangan merpati dua sejoli itu agar perkahwinan mereka kekal sehingga hujung nyawa.



“Tahniah adikku @iamaliffaziz dan @bellaastillah. Kalian layak mendapatkannya! Saya sendiri melihat bagaimana seorang isteri mengorbankan segala-galanya demi melihat kejayaan seorang suami di pentas perjuangan.



“Pernikahan yang bergolak hebat dipelihara oleh pegangan agama yang semakin teguh. Abang tumpang bangga untuk anda berdua.



“Allah akan sentiasa adil! Ini kemenangan anda sebagai pasangan! Semoga masjid yang dibina kekal teguh hingga ke hujung nyawa!” katanya di Instagram.



Mengulas lanjut, dia meminta agar segelintir pihak yang kurang senang melihat penyanyi-penyanyi kelahiran Singapura juara dalam program tersebut agar bersangka baik dengan rezeki yang sudah ditentukan Allah.



“Buat kalian yang sibuk ‘kenapa orang Singapura yang menang, sebab Tok Ram orang Singapura, maka dia menangkan orang Singapura!’.



“Cubalah bersangka baik buat hanya kali ini! Rezeki semua Allah sudah tentukan. Tidak kiralah Malaysia, Indonesia, serta Singapura.



“Kita satu rumpun. Jangan dibawa sentimen kenegaraan ke pentas rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam sering kali merasa mereka lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan,” coretnya panjang.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya memberikan reaksi setuju berhubung rezeki yang telah tertulis buat penyanyi itu untuk disandang sebagai juara.



Fazley juga menyertai GV8 tahun ini dan merupakan peserta kedua tersingkir selepas kumpulan Nico G. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >