Bait-bait lirik lagu Ellya Khadam yang kemudian diberi sentuhan magis oleh Datuk Sharifah Aini, Kau Pergi Tanpa Pesan’ yang berbunyi, ‘Gelap terasa dunia ini...bagai tiada matahari’, kadangkala menggambarkan keadaan yang menghimpit benak peserta Kilauan Emas 2024, Gie Hamid.
Gie, 48 tahun, atau nama sebenarnya Roziah Abdul Hamid, berjaya membuktikan bahawa kesuraman hidupnya sebagai pesakit barah buah dada tahap tiga, bukanlah penghalang untuknya bergelar juara peraduan realiti Astro Prima, yang dikembalikan selepas tujuh tahun menyepi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg