Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelakon Cina minati pelbagai ciri Melayu
'Aunty Buat Teh' dalam rancangan sembang 'Show Malam Ini' lebih banyak terlibat dalam rancangan berbahasa Melayu berbanding Cina
Mar 27, 2016 | 5:30 AM
Pelakon Cina minati pelbagai ciri Melayu
TAMPIL selesa di depan kamera dan fasih berbicara bahasa Melayu, pelakon Gloria Tan mampu menggeletek penonton dalam rancangan sembang Show Malam Ini.
Malah, Gloria yang digelar sebagai Aunty Buat Teh dalam rancangan sembang (talk show) bersama pengacara Khairudin Samsudin itu sering mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang datang menyaksikan rakaman rancangan itu di studio MediaCorp.