Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Remy Ishak mohon doa ramai buat ibu yang masih kritikal

Sep 02, 2022 | 10:43 PM



PELAKON Remy Ishak memaklumkan ibunya Basrah Md Deris, 64 tahun, masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan selama 12 jam di Hospital Serdang pada minggu lalu.



Namun Remy atau pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 40 tahun, bersyukur kerana dapat berjumpa dengan ibunya yang baru sahaja sedar dari pembedahan selepas dipindahkan ke Unit Jagaan Rapi Jantung (CICU)  di hospital yang sama.



"Doktor memberitahu keadaan mak masih kritikal meskipun sudah pun selesai pembedahan selama 12 jam itu.



"Hati saya tidak tenang dan tidak dapat tidur selama pembedahan itu kerana ia terlalu lama dan doktor memberitahu ia pembedahan terbesar yang melibatkan tiga bahagian dalam jantung iaitu injap, selaput dan satu bahagian dalam jantung.



"Namun saya bersyukur bila mak saya dapat sedarkan diri semalam (Khamis) dan dia masih mengingati anak-anaknya termasuk memanggil nama saya.



"Tapi doktor kata dia masih kritikal dan kemungkinan memerlukan pembedahan untuk kali kedua tidak lama lagi," katanya kepada Astro Gempak.



Remy ditemui Gempak selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat anjuran Astro Shaw yang diadakan secara sederhana di Astro Bukit Jalil.



Ibu Remy dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Besar Melaka selepas mengalami komplikasi jantung yang kritikal minggu lalu.



Menceritakan detik diberitahu ibunya sudah tiada harapan untuk hidup, Remy memberitahu dia panik dan terkejut malah dia juga dimasukkan ke hospital akibat panik.



"Bila doktor beritahu yang mak saya sebenarnya tak boleh diselamatkan dan hanya ada harapan 50-50 saya ketika itu benar-benar terkejut dan panik.



"Kepala dan dada saya sakit dan doktor minta saya ke ruang kecemasan. Doktor buat pemeriksaan dan beritahu saya alami kejutan dan terpaksa menahan saya selama sehari di wad sehingga saya stabil," ceritanya.



Justeru, pelakon Sangkar itu masih mengharapkan doa semua supaya mendoakan agar ada keajaiban buat ibunya meskipun sudah cuba reda apa yang akan berlaku.



"Doktor cakap apa yang boleh kami lakukan sekarang berdoa sahaja kerana harapan untuk mak saya hidup sangat nipis.



"Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membuat bacaan yasin serta doa selamat untuk mak saya dan saya juga ingin memohon doa orang ramai untuk mak saya agar ada keajaiban berlaku. Insya-Allah," ujarnya.



Terdahulu menerusi satu perkongsian di laman Twitter, Remy memaklumkan ibunya sedang kritikal di Hospital Besar Melaka dan turut memohon doa orang ramai. - Astro Gempak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >