Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07

Peminat filem seram 'Siccin' akan kecewa dengan 'Mahlukat'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

REVIU FILEM

Peminat filem seram 'Siccin' akan kecewa dengan 'Mahlukat'

Sep 24, 2022 | 05:30 AM

SESIAPA yang terpaut pada filem seram Turkey, Siccin dan Musallat pastinya kepingin menonton filem terbaru arahan sutradara Alper Mestci, Mahlukat.

Sayangnya, jangkaan tinggi yang ditetapkan bagi filem ini ternyata meleset.

Walaupun sinopsisnya nampak menarik, filem yang kini ditayangkan di pawagam Cathay agak mengecewakan dan membosankan serta tidak membuat anda terpaku pada skrin pawagam.

Mahlukat yang bermaksud 'ciptaan' mengisahkan tentang kes seram sebenar yang pernah berlaku di Mardin, sebuah kota Anatolia Tenggara di Turkey.

Ia melibatkan beberapa individu yang sedang mencari identiti diri mereka dan bergelut dengan pelbagai persoalan kemanusiaan.

Terlalu banyak dialog berulang dan adegan watak dirasuk dan terpekik-pekik yang mengisi jalan cerita ini bagi tempoh lebih setengah jam..

Payah difahamkan apa yang sebenarnya terjadi pada watak-watak filem ini dan muslihat yang tersembunyi sehinggalah penghujung filemnya.

Anda seakan dibawa memasuki bilik 'escape' yang terkunci rapi untuk anda hurai misteri yang tersembunyi tetapi masih gagal berbuat demikian.

Jika Siccin yang dihasilkan pada 2014 dan bermaksud 'ganas' itu memberikan anda ruang untuk menjawab teka-teki yang tersimpan dengan rasa debaran, pengarah cuba menggunakan teknik yang sama dalam Mahlukat.

Bezanya, Siccin yang mencetus fenomena dunia dan dianggap antara karya dari Turkey yang terbaik lebih mudah difahami dan menceritakan tentang wanita bernama Oznur yang menggunakan ilmu hitam dan menyihir sepupunya Kudret yang beliau cintai dan sudah berumah tangga dengan wanita lain.

Sihir pemisah yang dikenakan ke atas mereka memakan dirinya sendiri.

Musallat atau bermaksud 'ditakluki' juga lebih menarik kerana ia menceritakan tentang pasangan suami isteri yang dihantui kuasa misteri sehingga menjejas hubungan mereka.

Bagaimana manusia terseksa dengan sihir, niat jahat orang lain serta dorongan untuk mencari penawar menjadi antara teras filem Mahlukat.

Boleh dikatakan sejam filem ini berjalan boleh membuatkan anda lebih resah di pawagam kerana masih meneka dalam kesamaran dan mencari-cari sebab mengapa sebuah keluarga ini terperangkap dalam situasi yang menyeramkan.

Hanya pada kesudahannya, barulah serpihan bukti itu anda temui dengan kesudahan yang menekankan bahawa ujian itu perlu untuk mengukuhkan semangat manusia agar mereka tidak melupakan diri mereka.

Yang menarik hanyalah prop dalam filem ini serta beberapa teknik sinematografi yang lain daripada lain.

Selebihnya, ia agak membosankan dan membuat anda terasa seakan-akan ingin melepasbebaskan diri daripada pawagam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3