Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

S'PURA LONGGAR SEKATAN

Pemuzik rasa hidup lihat reaksi penonton

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



SELAMA 13 tahun lamanya pemuzik dan penyanyi Riduan Yusoff mencari rezeki sebagai penghibur di restoran dan hotel.



Apabila pandemik melanda dua tahun lalu, Riduan yang kini berusia 31 tahun akui dirinya buntu tatkala persembahan 'live' di cawangan makanan dan minuman (F&B) dibekukan demi keselamatan ramai.



Justeru, beliau perlu tangkas menyesuaikan diri dan tidak berlengah menimba ilmu digital.



Beliau beralih mengendalikan persembahan 'live' dalam talian dari rumahnya mahupun mengusahakan kandungan penstriman hiburan buat kelab masyarakat di bawah naungan Persatuan Rakyat (PA) dan badan korporat.



Selain menyumbang pada projek amal melalui kandungan digital, Riduan turut membantu rakan seni lain mendapatkan tugasan melalui syarikat pengurusan bakat yang ditubuhkan sewaktu pandemik, AMG Entertainment.



Namun pada Selasa lalu, Riduan mampu menghela nafas lega apabila tugas asalnya sebagai penghibur di beberapa restoran dapat disambung semula.



Jadualnya pada minggu ini kembali padat menyusuli pengumuman pemerintah bahawa tiada lagi sekatan pada persembahan 'live' di cawangan F&B.



Sebagaimana jelasnya yang dihubungi Berita Minggu: "Seperti rakan seni lain di Singapura, saya sangat gembira dan teruja dengan pengumuman bahawa persembahan 'live' di restoran dapat disambung semula.



"Selepas dua tahun hanya menghadap kamera digital, bermain papan nada dan menyanyi dalam sesi Facebook Live atau wadah penstriman di kelab masyarakat, saya tidak sabar membuat persembahan 'live' di depan penonton yang menjamu selera di restoran. Sudah lama saya nantikan pengumuman pemerintah untuk membolehkan kami kembali membuat persembahan 'live' serta berinteraksi dengan penonton secara bersemuka. Boleh lihat reaksi mereka yang tersenyum gembira kerana terhibur. Berbeza dengan kaedah penstriman dan Facebook Live di mana kami menyanyi, bersembang sambil membaca komen penonton. Komunikasi sesama manusia itu terasa asing di ruang siber."



Riduan yang pernah dibimbing 'maestro' muzik Allahyarham Iskandar Mirza Ismail dalam Projek Protege Yayasan Mendaki sekitar 2012 kini gigih berlatih dan mengemaskinikan senarai lagu untuk didendangkan dengan susunan baru lagi segar.



"Saya memang tidak dapat lupakan detik mencabar sepanjang lebih dua tahun ini mengharungi pandemik dengan tabah serta kesediaan menyesuaikan diri dengan norma baru. Saya memang sangat terkesan apabila pekerjaan sepenuh masa saya sebagai pemuzik dan penyanyi di restoran dan hotel terpaksa dihentikan bermula dengan tempoh pemutus rantaian jangkitan penyakit.



"Dalam kebimbangan dan kegelisahan memikirkan bagaimana saya ingin menyara kehidupan, saya tidak mampu berlengah. Saya dan adik saya, Faiz, mula menjalankan tugas belakang tabir. Kami belajar sendiri bagaimana menyiarkan secara langsung persembahan maya dengan meneroka cara sebaiknya mendapatkan mutu audio, visual dan penerbitan yang baik.



"Kami sediakan khidmat penstriman langsung buat majlis pernikahan dan bekerjasama dengan PA untuk jana kandungan hiburan digital yang menarik serta mengetengahkan bakat setempat," ceritanya lagi.



Riduan menyemai semangat positif dan yakin pada pepatah 'ada pelangi selepas hujan' dan 'cahaya di hujung terowong gelap'.



"Kalau tidak kerana pandemik ini, saya mungkin tidak dapat mempelajari ilmu digital baru yang berguna. Kita tidak dapat elakkan perubahan dalam kehidupan. Kita perlu mengharungi segalanya dengan kesabaran, minda positif dan sikap tidak mudah berputus asa.



"Dalam apa jua keadaan, saya akan terus meneroka dan mengkaji cara kekal relevan dengan menyajikan muzik yang lebih baik dari segi mutu dan nilai.Pandemik juga mengajar saya tentang semangat saling membantu rakan seni lain, baik yang berpengalaman atau baru untuk dapatkan tugasan seni dan sokongan digital. Masing-masing cari makan dalam pasaran kecil. Kita tolong orang, orang pun tolong kita," katanya.




"Sudah lama saya nantikan pengumuman pemerintah untuk membolehkan kami kembali membuat persembahan 'live' serta berinteraksi dengan penonton secara bersemuka. Boleh lihat reaksi mereka yang tersenyum gembira kerana terhibur. Berbeza dengan kaedah penstriman dan Facebook Live di mana kami menyanyi, bersembang sambil membaca komen penonton."
- Pemuzik dan penyanyi Riduan Yusoff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >