Topik diikuti
Pergi ke BHkuPendaki piramid dilarang ke Mesir selama-lamanya
1 of 2
Feb 22, 2016 | 5:30 AM
Pendaki piramid dilarang ke Mesir selama-lamanya
PEPATAH Melayu ada berbunyi "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Sama juga halnya apabila kita melancong. Sebaiknya, patuhi dan hormatilah adat, budaya dan undang-undang negara yang dilawati. Jika tidak, padah pasti menimpa.
Seperti yang dialami seorang remaja Jerman, yang kini dilarang masuk ke Mesir buat selama-lamanya selepas didapati bersalah mendaki piramid Giza.