Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengacara Roslan Shah gembleng tenaga warga S'pura salur RM15,000 buat mangsa banjir M'sia

Dec 29, 2021 | 09:40 PM



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Singapura, Roslan Shah berjaya mengumpulkan wang sumbangan berjumlah RM15,000 ($4,858) daripada warga Singapura selepas mengadakan sesi siaran langsung di Facebook untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana banjir, baru-baru ini.



Roslan ketika dihubungi Harian Metro berkata, beliau membuat sesi siaran langsung itu pada Khamis lalu dan bersyukur kerana mendapat reaksi memberangsangkan daripada warga Singapura. 



Katanya, sebahagian sumbangan diberikan kepada seorang individu di Klang, Selangor.



"Ada individu di Klang yang memaklumkan kepada saya bahawa rumahnya menunggu masa untuk runtuh kerana hujan tempoh hari. Jadi, saya salurkan bantuan kewangan kepadanya. Selain itu, sejumlah RM5,000 lagi saya akan serahkan kepada lima pemilik rumah yang lain untuk membantu mereka membeli barangan keperluan," katanya.



Usaha ini akan diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan dan terkesan akibat banjir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >