Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengalaman ngeri bola boling 6 kg tertimpa Sheila Rusly sehingga bibir berdarah

Mar 01, 2022 | 11:53 PM



PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Jinggo berkongsi detik mencemaskan apabila isterinya, Sheila Rusly tertimpa bola boling seberat enam kilogram (kg) ketika penggambaran drama Ratu Ten Pin, baru-baru ini.



Pemilik nama sebenar Azman Yahya itu berkata, beliau bimbang melihat keadaan Sheila yang terbaring menahan kesakitan akibat berlaku pendarahan pada bahagian bibirnya.



“Hanya Allah tahu betapa sedihnya apabila tengok bola 13lb (enam kg).



“Darah di bibir awak. Saya tahu awak tahan sakit tapi masa ini awak bukan Sheila Rusly tapi awak adalah Mem Maria.



“Mem Maria adalah seorang yang ‘unstoppable’. Cepat sembuh sayang,” luahnya menerusi sebuah video dalam Instagram, lapor laman Kosmo! Online.



Menerusi video ira-kira seminit tersebut, kelihatan aktres dan penerbit itu sedang duduk di atas kerusi roda.



Dalam drama berkenaan, Sheila membawakan watak sebagai orang kelainan upaya (OKU) menggunakan kerusi roda.



Namun ketika menuju ke pelantar, berlaku kesulitan untuk bergerak disebabkan laluan agak tinggi sehingga mengakibatkan kerusi roda dinaikinya terbalik.



Lebih malang bola boling yang diletak kemas pada bahagian riba turut jatuh dan menimpa wajah Sheila yang membuatkan ramai terkejut hingga meluru ke arahnya.



Begitupun, Jinggo, 55 tahun, memberi kata semangat terhadap isteri tercinta yang hanya mengambil masa setengah hari untuk merehatkan diri sebelum menyambung penggambaran semula.



Dalam perkongsian sama, aktres yang sudah mencecah 50 tahun itu sudah kembali menyambung kerja penggambaran.



Sekitar pertengahan tahun lalu, menantu mereka, Elisya Sandha yang turut membintangi drama tersebut ditimpa nasib sama.



Elisya tertimpa bola boling di bahagian buku lali hingga diberikan cuti selama dua hari.



Ratu Ten Pin yang sudah memasuki musim kedua masih mendapatkan khidmat nasihat bekas pemain boling kebangsaan, Shalin Zulkifli dan Syaidatul Afifah.



Sheila membawa watak sebagai jurulatih boling bernama Maria, manakala bintang lain ialah Fify Azmi, Nazim Othman dan Syaidatul Afifah.



Sementara itu, rata-rata peminat mendoakan aktres tersebut. - Kosmo! Online



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >