Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi Korea, Choi Sung-bong, cuba bunuh diri selepas didakwa palsukan barah

Oct 14, 2021 | 04:35 PM



KOREA SELATAN: Penyanyi Korea, Choi Sung-bong, mencetuskan kontroversi apabila beliau dituduh memalsukan penyakit barah yang dihidapinya dan menggunakan wang derma yang diberikan peminat untuk kegunaan peribadinya.



Menurut laporan laman Kosmo! Online, tuduhan tersebut dibuat oleh seorang YouTuber popular yang juga seorang wartawan, Lee Jin-ho, menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam YouTube dengan tajuk: “Choi Sung-bong disyaki palsukan kanser, mohon derma AS$840,000 ($1.1 juta) untuk apa?”



Keraguan tersebut timbul selepas penyanyi yang lahir daripada program Korea Got Talent itu mahu memohon derma sebanyak $1.1 juta untuk pembikinan albumnya.



Walhal kos untuk sebuah album bermutu dan sebuah video muzik yang biasa digunakan oleh penyanyi terkenal Korea Selatan cuma sekitar RM348,906 ($113,266).



Sehubungan itu, video yang membabitkan Sung-bong dalam dua buah program iaitu AM Plaza dan Immortal Song telah dipadamkan daripada platform penstriman.



Dalam program AM Plaza yang disiarkan pada Julai lalu, penyanyi berusia 31 tahun itu menerangkan beliau telah disahkan menghidap penyakit barah hati, perut dan paru-paru ketika berusia 17 tahun.



Beliau bagaimanapun sembuh selepas menjalani rawatan. Namun, pada tahun lalu Sung-bong mendakwa beliau telah didiagnosis menghidap barah kolorektal (kanser usus besar) tahap tiga, hipotiroidisme (masalah hormon tiriod) dan barah tiriod.



Menafikan dakwaan tersebut, penyanyi yang popular dengan gelaran Susan Boyle Korea itu tampil dengan laporan diagnosis daripada hospital sebagai bukti.



Lebih menimbulkan keraguan hasil siasatan wartawan berkenaan, segala bukti yang diberikan penyanyi itu adalah tidak benar. Ini termasuklah kod penyakit yang didapati tidak wujud dan berbeza daripada laporan sebelum itu.



Wartawan berkenaan turut membawa laporan tersebut ke hospital yang mengeluarkan diagnosis penyakit Sung-bong.



Apa yang mengejutkan, pegawai di hospital berkenaan mendakwa tanda yang terdapat pada bahagian atas laporan diagnostik hilang pada laporan Sung-bong.



Bukan itu sahaja, pegawai tersebut turut mengesahkan cop dalam laporan Sung-bong berbeza dengan cop rasmi yang digunakan hospital berkenaan.



Bahkan pegawai itu tidak menjumpai sebarang laporan mahupun rekod kesihatan atas nama Choi Sung-bong di hospital terbabit.



Tertekan dengan kritikan peminat, Sung-bong akhirnya mengeluarkan kenyataan dalam satu siaran langsung dalam saluran YouTube miliknya pada Selasa lalu.



Dalam siaran langsung tersebut, Sung-bong dikesan berada di sebuah jambatan memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.



Beliau berada di atas jambatan berkemungkinan sebagai percubaan untuk membunuh diri.



“Saya mohon maaf dan menyebabkan kekecohan dengan isu terbaru ini. Saya mengaku saya merokok dan minum minuman beralkohol.



“Masalah kemurungan yang dialami juga semakin teruk selepas menerima kecaman dalam beberapa hari ini. Saya mempunyai perasaan untuk mengambil nyawa sendiri dan sedang melawan perasaan negatif tersebut.



“Saya bergelut untuk hidup sejak muda dan saya sangat penat dan tidak boleh lakukan apa-apa lagi. Saya hidup dengan bersungguh-sungguh,” kata Sung-bong yang membesar di rumah anak yatim.



Sesi siaran langsung tersebut berakhir selepas beliau dilihat diselamatkan oleh pasukan keselamatan. - Kosmo! Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >