Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS: COVID-19

Penyanyi S'pore Idol kongsi pengalaman dikuarantin

Jul 30, 2020 | 05:30 AM



DEBARAN memuncak di dada penyanyi setempat Farhan Shah apabila beliau diiringi pegawai Cisco memasuki van yang sedang menanti di tempat meletak kereta.



Kebimbangan mula menghimpit benak peserta Singapore Idol (Musim Ketiga) itu kerana tidak dapat membayangkan 'hidup dalam kurungan' atau dikuarantin di Park Hotel Clarke Quay.



Pada 21 Julai lalu, Farhan, 29 tahun, yang bertugas sebagai pegawai ujian 'swab' dikesan terkait dengan individu yang terkena jangkitan Covid-19 di sesebuah lokasi yang dirahsiakan.



Ia merupakan pengalaman bersejarah yang tidak dapat dilupakan sehingga beliau merakam pengalamannya sebagai artis dan manusia biasa dalam melawan wabak koronavirus ini menerusi inisiatif laman dearcovid19sg.com.



Farhan menyedari kehidupan ini terlalu rapuh dengan Covid-19 sudah meragut 655,000 nyawa merata dunia.



Sewaktu dikuarantin selama enam hari, pelantun lagu Pertama dan Racun itu menerima panggilan video tiga kali sehari daripada pegawai Kementerian Kesihatan (MOH) bagi memantau suhu badannya serta tanda jangkitan jika ada.



Mujurlah, hasil ujian 'swab' yang dijalankan ke atasnya negatif.



Sebagaimana yang dikongsi Farhan ketika dihubungi:



"Siapa sangka perkara ini akan berlaku kepada saya? Apabila diminta bergegas ke Park Hotel Clarke Quay, saya sempat capai projektor kecil, mikrofon karaoke dan alat senam dumbel bagi menemani saya sepanjang tempoh kuarantin.



"Saya nak buat video 'cover' saya menyanyi. Projektor bagi pancarkan bintang-bintang di siling hotel seandainya saya payah terlelap. Dumbel untuk saya bersenam kerana tak dapat jalani rutin 'gym' saya.



"Saya bawa dua beg sampaikan pegawai Cisco mengusik, 'Apakah saya ingin bercuti di Singapura atau 'staycation'?"



Keadaannya itu membimbangkan ibunya yang jauh di Perth, Australia dan saban hari menghubunginya. Malahan, seisi keluarga pemuda tinggi lampai ini di rantauan selepas bermastautin di negara kanggaru itu.



Farhan yang selesa membangun kerjaya muziknya di Singapura pula tinggal bersama ibu saudara dan bapa saudaranya yang sudah mencecah usia senja.



"Ibu bimbang saya teruskan pekerjaan sebagai pegawai ujian 'swab'. Bagi saya, selepas tamat pengajian Sarjana Komunikasi Pemasaran, susah benar nak dapatkan pekerjaan sewaktu ekonomi terjejas teruk.



"Jadi mengapa tidak saya bantu jalankan ujian 'swab' dalam tempoh krisis Covid-19 ini? Ia juga satu khidmat kemasyarakatan yang dekat di hati saya. Setiap kali menjalankan ujian 'swab' ke atas pekerja asing, saya kasihan dengan nasib mereka yang terjejas kerjanya dek pandemik ini," katanya.



Ada juga peminatnya yang prihatin melihat beliau makan hidangan asas di hotel lantas mengirim piza buatnya.



"Pengalaman singkat itu mengajar saya jangan sesekali mengambil ringan dan tidak menjaga keselamatan sewaktu keluar rumah dalam keadaan wabak Covid-19 ini.



"Amalkan jarak selamat, gunakan pelitup selalu dan cuci tangan anda sekerap mungkin mahupun gunakan sanitiser bagi memastikan anda menjaga diri anda.



"Kita tidak tahu siapa yang kita temui dalam perjalanan kita atau berkongsi ruang dengan kita," tambahnya lagi.




"Ibu bimbang saya teruskan pekerjaan sebagai pegawai ujian 'swab'. Bagi saya, selepas tamat pengajian Sarjana Komunikasi Pemasaran, susah benar nak dapatkan pekerjaan sewaktu ekonomi terjejas teruk.

Jadi mengapa tidak saya bantu jalankan ujian 'swab' dalam tempoh krisis Covid-19 ini? Ia juga satu khidmat kemasyarakatan yang dekat di hati saya.

- Penyanyi Farhan Shah.




BIODATA



Farhan Shah



Usia: 29 tahun



- Mula dikenali sebagai peserta peraduan realiti Singapore Idol



Musim Ketiga pada usia 19 tahun.



- Farhan layak hingga ke peringkat '11 Peserta Terbaik'.



- Miliki ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran dari Universiti Melbourne dan ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan, Pengajian Media dan Pemasaran di Universiti Western Australia.



- Farhan diundang sebagai anggota Persatuan Penghormatan Antarabangsa Golden Key. Keanggotaan persatuan berprestij itu hanya melalui undangan dan ditawarkan kepada 15 peratus penuntut terbaik maktab atau universiti dunia.



- Lagu-lagu dendangannya termasuk 'Hanya Satu', 'Racun', 'Terjatuh Hati', 'Istimewa' dan 'Pertama'.



- 'Racun' menangi Anugerah Lagu Terbaik Singapura pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >