SATU-SATUNYA pengalaman mengacara yang dimiliki bakat setempat, Ahmad Aljuffri Ahmad Alui sebelum ini adalah bagi rancangan gaya hidup di televisyen Makan Xtrim beberapa tahun lalu.
Ketika itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Juffri, 29 tahun, dipasangkan dengan pengacara dan pelakon tidak asing lagi, Nurul Aini.