Topik diikuti
Pergi ke BHku250 bakat rentap suara dalam program realiti 'All Together Now Malaysia'
Peraduan kalah mati yang akan diadili 50 ikon hiburan buka gelanggang 6 Jun
1 of 2
May 29, 2021 | 5:30 AM
250 bakat rentap suara dalam program realiti 'All Together Now Malaysia'
DALAM tempoh pandemik apabila lebih banyak masa terluang di rumah, pastinya kerinduan terhadap rancangan adu bakat realiti seperti Big Stage dan Gegar Vaganza datang bertamu.
Satu fenomena baru, bagaimanapun, dijangka tercipta apabila program realiti baru All Together Now Malaysia (ATNMY) yang dibuka kepada semua penduduk Malaysia tanpa sebarang had usia bakal bermula di saluran Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) mulai 9 malam, 6 Jun ini.