Topic followed successfully
Go to BHkuPereka fesyen Hollywood santai bergaya
Pereka fesyen Hollywood santai bergaya
Pereka fesyen Hollywood santai bergaya
TUGAS seorang pereka fesyen adalah menggunakan busana yang direka bagi menyampaikan sesebuah kisah.
Namun, apabila muncul giliran si pereka fesyen tampil dalam acara permaidani merah majlis rasmi gilang-gemilang seperti Anugerah Academy atau Anugerah Golden Globe, ada daripada mereka yang menarik perhatian.
Bukan kerana keanggunan malah kerana peliknya fesyen yang digayakan.
Tiga pereka fesyen disenaraikan laman Vogue sebagai antara yang ranggi dan berani.
EIKO ISHIOKA
Dicalonkan dan menang bagi Anugerah Rekaan Kostum Terbaik bagi filem Bram Stoker's Dracula pada 1993, mendiang Eiko, yang berasal dari Jepun, menggunakan kostum bagi memperingati filem itu.
Baju panjang sutera hitam dan merah yang digayakan persis kostum si Dracula.
Eiko tetap nampak anggun di permaidani merah.
LIZZY GARDINER
Gardiner, pereka kostum Australia, memenangi Anugerah Oscar bagi rekaan kostume terbaik buat filem The Adventures of Priscilla.
Beliau tampil dengan gaun yang diperbuat daripada 254 kad kredit emas American Express Gold yang dicantumkan dengan wayar.
Menurutnya, kostum itu sebenarnya disiapkan bagi filem tersebut tetapi ditolak penerbit.
"Saya tidak mahu sesiakan ciptaan saya. Lagipun, saya tiada duit lagi. Maka, saya gunakan sahaja kostum yang sudah sedia ada. Saya tahu ada wanita yang marah-marah kerana sangka saya ambil ringan perihal kostum dalam acara gah," tambahnya.
JENNY BEAVEN
Beaven memenangi Anugerah Rekaan Kostum Terbaik pada Anugerah Academy 2016 bagi filem Mad Max: Fury Road.
Beliau tampil dalam acara ini seperti Minah Motor yang berjaket kulit, skaf yang diusik seperti kain buruk berminyak, but motor dan jeans.
"Saya tak nampak cantik jika pakai gaun. Kasut tumit tinggi bikin kaki saya sakit. Saya hanyalah pereka kostum yang menyampaikan kisah dalam rekaan saya. Saya tak minat dengan fesyen cantik," katanya.

