Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pereka fesyen SG Azni Samdin 'Number 1' - menang Anugerah Kostum Terbaik Golden Horse

Nov 21, 2020 | 09:22 PM



PEREKA fesyen Singapura, Encik Azni Samdin, baru sahaja diumumkan sebagai pemenang Anugerah Dandanan dan Rekaan Kostum Terbaik di acara gilang-gemilang, Anugerah Golden Horse 2020 di Dewan Peringatan Sun Yat-sen di Taipei, Taiwan pada Sabtu malam (21 November).



Beliau yang merupakan anak Melayu pertama diraikan di dalam dunia perfileman Cina antarabangsa berkongsi anugerah tersebut dengan  jurudandan Encik Raymond Kuek yang hadir di acara itu bagi menerima piala berprestij Golden Horse di majlis yang disamakan seperti 'Oscars Dunia Perfileman Cina Sejagat'.



Encik Azni dan Encik Kuek merupakan kru kerja filem Singapura, Number 1, yang mengisahkan tentang jurutera  sivil (lakonan Mark Lee) yang terpaksa mengubah hidupnya mengurus sekumpulan penghibur ‘drag’ (lelaki memakai pakaian wanita) setelah diberhentikan kerja.



Lee turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Utama Terbaik. Buat masa ini, keputusan bagi kategori tersebut belum diketahui.



Memaklumkan berita gembira itu kepada Berita Harian menerusi pesanan WhatsApp, Encik Azni, 50 tahun, yang tidak dapat terbang ke Taipei kerana sibuk memenuhi amanah tempahan busana pengantin bagi majlis pernikahan hujung tahun di butiknya di Aliwal Street, berkata:



"Saya bersyukur tetapi bagaikan bermimpi dan tiba-tiba tergamam anugerah ini menjadi milik saya. Terlalu banyak ucapan tahniah menerusi pesanan WhatsApp kini menghujani telefon bimbit saya.



"Seperti biasa, saya hanya jalankan amanah yang ditugaskan sebaik mungkin, mencipta kostum yang diperlukan bagi keperluan suasana kelab ala Kelab Boom Boom Room yang terkenal dan merupakan satu jenama di Singapura.



"Saya pernah bertugas sebagai penolong pereka kostum sambilan bagi jenama yang digunakan di Kelab Boom Boom Room. Dari situ, idea menghasilkan kostum Number 1 ini kembali mengisi minda saya.



"Apa yang saya sukai tentang set Number 1 adalah semangat kekeluargaan yang wujud dalam kalangan pelakon dan kru kerja filem ini. Saya hargai dorongan semua orang, menjadikan kerja saya lebih menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis dan bermakna."



Bagi kategori dandanan dan rekaan kostum, Encik Azni dan Encik Kuek bersaing dengan jurudandan dan pereka kostum, Lim Sau-hoong (Precious Is the Night); Cheung Siu-hong, Dos Santos dan Chan Chi-ching (Hand Rolled Cigarette); Hsu Li-wen (A Leg); Lore Shih dan Kiara Wang (The Rope Curse 2).



Encik Azni yang sebelum ini pernah menceburi bidang penyiaran selaku penerbit rancangan hiburan, Bersama Ziana, dan rancangan kanak-kanak Ya Alif terdedah pada banyak tugas yang membawanya mengenali dunia hiburan Cina. 



Antara lain, beliau pernah menjadi penata gaya bintang Hong Kong, Sandy Lam.



Sebanyak 40 filem dicalonkan dan bertarung bagi 23 kategori anugerah dalam Anugerah Golden Horse ini.



 



 



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >