Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Perginya permata seni, hancurnya mahligai impian

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



PEMERGIAN beberapa ikon hiburan di Singapura, Malaysia dan Indonesia, turut ditangisi pada 2021.



Di Singapura, dunia lawak kehilangan pelawak berbakat, Alias Kadir, pada 28 Jun, beberapa hari selepas beliau meraikan ulang tahun ke-58 pada 18 Jun di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Allahyarham Alias yang juga menyanyi di majlis kahwin mengalami pendarahan dalaman selepas lebih sebulan dirawat kerana komplikasi penyakit menyusuli kaki kanannya dipotong akibat kencing manis.



Selain jangkitan kaki yang serius, beliau mengalami radang paru-paru dan asidosi metabolik atau kondisi di mana terdapat ketidakseimbangan asid-bes dalam badan.



Turut memberi impak sesudah pemergiannya adalah penyanyi dan naib juara Gegar Vaganza 3, Allahyarhamha Siti Sarah Raisuddin.



Berita pemergian Sarah akibat Covid-19 dan sewaktu dirinya hamil itu turut mendapat liputan portal berita antarabangsa, BBC News.



Cukup meruntun jiwa mengenang detik-detik akhir Allahyarhamha yang dikenali ramai sebagai wanita berbudi dan berihsan kepada semua, baik rakan artis mahupun peminatnya.



Sarah, isteri pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, yang pergi pada usia 36 tahun pada 9 Ogos lalu, terpaksa dibedah ketika kandungannya lapan bulan untuk mengeluarkan bayinya bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko.



Dunia hiburan turut kehilangan beberapa permata lain. Antaranya pengarah Mamat Khalid, pelawak Datuk Jamali Shadat dan Rama, pelakon Noryati Taib, Abu Bakar Omar, Benjy Ibrahim, penyanyi Mimi Loma, Norazmi Mohd Abdullah (vokalis band Samudera) serta Gmie Screen dan penyanyi era pop-yeh-yeh, Zam Zam.



Artis veteran Indonesia, Farida Pasha, yang dikenali dengan watak Mak Lampir dalam drama dan filem Misteri Gunung Merapi juga menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Januari lalu.



Farida, 68 tahun, mula dikenali dalam filem Roy Marten dan Rina Hasyim, Guna-Guna Istri Muda.



Antara kejadian sedih 2021 yang sama sekali tidak diduga pengamat dunia hiburan termasuk kes fail perceraian pelakon 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha, dan penyanyi Melayu yang menembusi pasaran muzik Cina, Shila Amzah.



Pada Oktober lalu, Saleha, 31 tahun, mengesahkan beliau telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35 tahun.



Menurutnya kepada media Malaysia, tiada persefahaman menjadi punca beliau membuat tuntutan cerai. Prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perceraiannya itu ditangguhkan pada 17 Januari depan.



Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.



Dalam kesibukan menangani musibah banjir yang melanda rumah ibu bapanya, Shila, 31 tahun, tiba-tiba mendedahkan di Instagram berita mengejut bahawa beliau tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Haris Idraki Elias, sejak dua bulan lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.



"Saya selalu memberikan wajah gembira. Orang tidak tahu kesusahan saya. Dan saya kini menghadapi kesulitan yang amat dirasakan. Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth (anaknya) tumpang di rumah mak abah di Langat.



"Sha dah fail cerai... tetapi malangnya masih lagi dalam proses sebab dia mengambil keputusan memperpanjangkan benda ni.



"Cuma apabila dah jadi macam ni, Sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun cuba sebaiknya untuk terus hidup dan jaga hati dan nama baik semua orang," jelas Shila di Instagram sambil meminta doa peminat. Di sebalik segalanya, moga 2022 memberi sinar harapan dan kekuatan buat keluarga mereka yang pergi buat selama-lamanya serta artis yang mengalami badai rumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >