Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerkenal karya inovatif gabungan seni dan teknologi

PERKEMBANGAN RODA: Seniman Ryf Zaini menerokai evolusi roda dalam karya seni pemasangan tertingginya, Into Pulsar, di Pesta Malam Singapura 2016 dengan menggabungkan daya cipta seni dengan teknologi. - Foto PESTA MALAM SINGAPURA 2016
Aug 18, 2016 | 5:30 AM
Perkenal karya inovatif gabungan seni dan teknologi
SENIMAN setempat, Mohamed Arif Zaini, 36 tahun, atau lebih dikenali dengan panggilan Ryf Zaini, telah melakukan penerokaan terhadap evolusi roda iaitu tentang bagaimana ia telah berupaya membentuk tamadun dunia.
Roda, yang diperkenalkan seawal tahun 3500 Sebelum Masihi (BC), telah berkembang dan membolehkan manusia menghasilkan daya cipta lain.