Walaupun namanya tidak disebut-sebut bakal menjuarai peraduan realiti The Hardest Singing Show di Astro, Aepul Roza tidak pernah terasa hati bahkan memberikan yang terbaik tanpa mengharap sebarang kemenangan.
Berbanding peserta wanita seperti Ayda Jebat, Aisha Retno dan Stacy Anam, yang bersemangat menampilkan aksi nekad sambil mempertaruhkan vokal dan kreativiti yang menyerlah, Aepul, atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 36 tahun, beberapa kali ditegur juri malahan hampir-hampir tersingkir daripada pertandingan unik ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg