Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Personaliti media sosial berniaga sambil beramal

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI pempengaruh sosial, dua sahabat Cik Shasha McQueen dan Encik Muhammad Hafidz menetapkan matlamat dari awal untuk membantu golongan memerlukan menerusi rancangan dalam talian mereka.



Baru-baru ini, Cik Shasha, 38 tahun, dan Encik Muhammad Hafidz, 33 tahun, yang mengendalikan secara bersama kedai makan Kitchen McQueen by DJMS, adalah antara yang pertama mengumpulkan derma kilat buat Rayyan Qush, 13 bulan, yang menderita penyakit atrofi otot spina.



Usaha menguar-uarkan keperluan Rayyan yang memerlukan $3.1 juta bagi kos rawatan suntikan Zolgensma dari Amerika Syarikat itu dibuat menerusi wadah Facebook DJMS Production.



Rawatan tersebut perlu dikendalikan segera sebelum anak itu mencecah usia dua tahun.



Ini memandangkan penyakit yang dideritainya melemahkan otot dan menghambat pergerakan.



Jika tidak dirawat segera, Rayyan akan payah berdiri, berjalan, bernafas dan makan sendiri seperti anak-anak lain seusianya.



Sebelum ini, mereka juga tangkas memaklumkan pengikut mereka tentang golongan lain yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengatasi pelbagai kesulitan hidup.



Ikuti wawancara bersama Cik Shasha dan Encik Hafidz.



Soalan (S): Bagaimana kerjasama anda dalam menggerakkan program media sosial yang sekali gus membantu golongan memerlukan bermula?



Cik Shasha (SH): Lapan bulan lalu, Hafidz yang mengusahakan DJMS Production mempelawa saya menghidupkan watak Shasha McQueen di dalam segmen Kekek Corner bagi rancangan dalam taliannya.



Beliau kemudian menyarankan kepada saya agar tampil sebagai watak Ratu Berapi pula yang lebih menaikkan nama saya di media sosial.



Ratu Berapi menjadi wadah buat wanita berkerjaya berkongsi kisah mereka membangun dan memperkasa perniagaan dan tampil berjaya sebagai usahawan.



Sebelum ini, saya merupakan jurudandan artis Mediacorp.



Hafidz (H): Sebelum mengusahakan wadah media sosial saya sendiri, saya bertugas dalam bidang teknologi maklumat.



Saya pernah bekerja sebagai pengurus operasi bersama jenama Gucci.



Apabila saya meninggalkan tugas saya, saya teroka peluang menjadi pempengaruh sosial dengan harapan dapat membantu golongan memerlukan.



S: Apakah antara projek kemasyarakatan yang digerakkan bersama?



SH: Sebelum mengusahakan derma kilat buat Rayyan, kami membantu mengumpul dana buat Syakir, kanak-kanak dengan Sindrom Williams.



Penyakit ini menjejas tumbesaran Syakir dan daya upayanya menyerap pembelajaran. Ia dikesan hasil kandungan kalsium yang tinggi dalam darah dan air kencing pesakit.



Kami juga menghantar makanan ke rumah kebajikan warga tua mahupun mereka yang tiada tempat berteduh.



S: Bagaimana impak usaha membantu Rayyan?



SH: Alhamdulillah, ia bermula dengan seorang teman kami, CT, yang menghubungi kami tentang nasib Rayyan.



Kebetulan, produk sabun Soapy McQueen bakal dilancarkan. Justeru, kami menjual sabun ini sambil beramal.



Kami berkongsi tentang penyakit Rayyan. Alhamdulillah, banyak wadah lelong dalam talian seperti Mini Auction, Dora Ikin Auction, Dark Side Auction dan Zindegi Auction turut membantu menjual barangan sambil beramal buat Rayyan.



Sebanyak $60,000 dikumpulkan dalam masa dua hari bagi pelantar Wish For Rayyan yang dipautkan pada laman global GoGetFunding.



Kami gembira sejauh ini, usaha mengumpul dana turut digerakkan pihak lain. Ia usaha menggembleng tenaga masyarakat Singapura dan luar negara dalam membantu Rayyan. Jumlah yang terkumpul kini $750,000.



S: Apakah pelajaran bermakna sepanjang menjadi pempengaruh sosial?



SH: Ada ramai yang perlu dibantu di luar sana. Sebak kalau nak cerita rintihan hati mereka yang kami nampak sendiri.



H: Dari perjalanan hidup orang lain, kami banyak belajar tentang erti pengorbanan dan bangkit mengecapi jaya.



S: Ceritakan tentang perniagaan kedai makan yang baru dibuka.



SH: Kedai makan Kitchen McQueen by DJMS di Redhill Forum, 16 Jalan Kilang Timor ini, juga digerakkan atas dasar kami ingin membantu Rayyan.



Harapan kami bisnes dapat diperluaskan dengan kami juga dapat menyediakan peluang pekerjaan buat ibu tunggal dan bekas pesalah.



H: Sebagai peluasan tugas sebagai pempengaruh sosial, saya juga akan membuka pusat latihan bagi mereka yang ingin mengusahakan rancangan dalam talian sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >