Topic followed successfully
Go to BHkuBakat SG Aizad 'Senyum Dalam Redha' bila dipandang rendah
Premium
Bakat SG Aizad 'Senyum Dalam Redha' bila dipandang rendah
Di sebalik kesulitan yang dihadapi anak seni sewaktu tempoh pandemik Covid-19, mereka aktif menjana muzik dengan coretan kisah peribadi diselitkan dalam kandungan lagu yang dihasilkan. Dua bakat Singapura berkongsi dengan BERITA HARIAN perjalanan seni mereka.
Jun 28, 2021 | 5:30 AM
Bakat SG Aizad 'Senyum Dalam Redha' bila dipandang rendah
ENGGAN SIA-SIAKAN PELUANG: Aizad Salleh syukuri rezeki yang datang dengan peluang merakam lagu pertama 'Senyum Dalam Redha' yang membuka pintu buatnya perkasa vokal dalam karya akan datang. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
WALAUPUN bakat seni tempatan Aizad Salleh bermula sebagai pemain kelab bola sepak Gombak United antara usia 14 dengan 17 tahun, cintanya pada muzik sudah dipupuk sejak usia remaja lagi.
Aizad, 38 tahun, yang nama sebenarnya, Saiful Haizad Salleh, yang bertugas sebagai teknisyen sepenuh masa, bermula sebagai seorang peserta peraduan adu bakat di seberang Tambak.

