Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HIBURAN HARI KEBANGSAAN

Presiden Halimah, selebriti wanita sembang santai

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



MENYAMBUT Tahun Merai Wanita Singapura dengan perbincangan tiga episod mengenai persahabatan, bangkit daripada kegagalan dan mengimbangi keluarga dan kerjaya.



Inilah yang disajikan rancangan dalam talian baru Wisma Geylang Serai (WGS), In Conversation With Girlfriends, buat pengguna media sosial pada 10, 11 dan 12 Ogos ini.



Bersama pengacara dan mantan deejay radio, Fiza O, program sembang santai ini bertujuan meraikan dan memperkasa kaum Hawa menerusi perkongsian kisah daripada tetamu yang diundang.



Bukan sahaja padat dengan isi dan penuh inspirasi, kandungan rancangan ini turut diisi dengan kuiz mini dan permainan agar ia menghiburkan.



Dalam episod ketiga pada 12 Ogos, Presiden Halimah Yacob tampil bagi berkongsi pengalamannya mengimbangi kerjaya dan keluarga.



Puan Halimah berkongsi di laman Facebook:



"Saya seronok berbual dengan Fiza O, ibu dua anak, mengenai topik yang dekat di hati kami iaitu kepentingan wanita mengimbangi kerjaya dan kehidupan berkeluarga.



"Wawancara ini datang tepat pada masanya kerana ini adalah Tahun Merai Wanita Singapura. Ia adalah masa yang baik bagi kita secara bersama sebagai sebuah masyarakat menyingkap kemajuan wanita kita, masyarakat kita dan bagaimana kita boleh terus menyokong aspirasi ini."



Awal sebelum itu, dalam episod pertama pada 10 Ogos, tiga sahabat, Seri Wahyuni, Aishah Ahmad dan Siti Hajar berkongsi perjalanan persahabatan mereka selama tiga dekad - bagaimana mereka saling menyokong satu sama lain dalam berdepan dengan cabaran hidup.



Dalam episod kedua pada 11 Ogos pula, dua personaliti wanita, Sarah Aqilah dan Ikah Jamil bangkit sebagai usahawan berjaya, meninggalkan segala kenangan silam yang kelam. Mereka meraih keyakinan diri untuk berjaya berkat orang-orang tersayang.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga penasihat WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, mengulas:



"Saya percaya setiap wanita adalah wirawati. Mereka dapat lebih menyesuaikan diri dengan menjalankan banyak tugas pada sesuatu masa serta mengemudi cabaran hidup dengan lebih baik.



"Mereka mengimbangi bermacam tuntutan hidup bagi memastikan keluarga mereka selamat dan dijaga dengan baik.



"Apabila seorang wanita menjadi seorang ibu, tugasnya sebenarnya tidak pernah tamat. Saya menggalak semua lelaki agar menunjukkan penghargaan kepada wanita dalam hidup mereka; isteri, ibu, kakak, adik, nenek dan lebih lagi.



"Kadangkala, dengan mengucapkan 'Hello' dan 'Apakah anda OK?' cukup bagi memberi sekilas senyuman pada wajah mereka."



In Conversation With Girlfriends disiarkan di laman Facebook WGS dan Fiza O serta laman YouTube Fiza O.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >