Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PRU15: Calon kerusi Parlimen Sabak Bernam, Eizlan Yusof, akan bantu masyarakat, baik kalah atau menang

Nov 19, 2022 | 01:40 PM



KUALA LUMPUR: "Segala keputusan diserahkan kepada Allah kerana sudah berusaha sedaya yang termampu," kata calon PEJUANG kerusi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Eizlan Yusof.



Selama dua minggu 'berkampung' dan menyantuni pengundi tempatan, hampir semua isu dibangkitkan rakyat sudah didengari, malah ada yang diselesaikan terus dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Pagi Sabtu (19 November), Eizlan mengambil peluang bertemu dengan pengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sekitar Sabak Bernam sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Setiawangsa, tengahari Sabtu.



Selesai proses membuang undi, Eizlan kembali semula Sabak Bernam pada sebelah petang untuk keputusan akhir yang akan diumumkan di Dewan Tun Razak Sabak Bernam, malam Sabtu.



Eizlan bertanding empat penjuru menentang calon PN, Kalam Sahlan; Shamsul Ma'arif Ismail (PH) dan Datuk Abd Rahman Bakri (BN).



"Niat saya tetap sama, andai ada rezeki, saya akan terus buat kerja. Jika tiada rezeki sekali pun, saya akan tetap bekerja untuk masyarakat Sabak Bernam atas kapasiti Badan Bukan Kerajaan (NGO)," katanya. - BHM



 



 



Ads by




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >