Puteri Aishah hidap Covid-19 setelah penggambaran luar negara, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup3

Puteri Aishah hidap Covid-19 setelah penggambaran luar negara

Apr 11, 2020 | 05:30 AM

PELAKON Malaysia, Puteri Aishah disahkan positif menghidap Covid-19, dan telah memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh, kelmarin.

Keadaannya itu diumumkan pengurusnya, Iman Tang, melalui akaun Instagram pelakon tersebut.

Dalam perkongsian itu, Iman memohon supaya peminat Puteri Aishah mendoakan segala proses rawatan pelakon itu dipermudahkan.

"Syukur alhamdulillah, Puteri nampak sihat. Dia sempat menghantar foto dan beritahu sedang dalam ambulans dan dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

"Sama-sama kita doakan semoga Puteri selamat dalam perjalanan dan segala urusan pendaftaran di hospital... insyaallah," katanya.

Catatan di media sosial itu memaparkan foto pelakon filem Pulang di dalam ambulans.

Puteri Aishah dilihat memakai blaus merah jambu, bertopi dan mengenakan pelitup muka.

Ditukil Berita Harian Online, Iman berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini daripada artis di bawah jagaannya itu.

Rabu lalu, Puteri Aishah atau nama sebenarnya, Puteri Aishah Sulaiman, disahkan positif menghidap Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras.

Pelakon berusia 25 tahun itu ialah antara enam tenaga kerja pasukan penerbitan drama Demi termasuk pengarah, Rahila Ali, yang disahkan positif dijangkiti koronavirus tersebut.

Sebelum ini, pasukan penerbitan drama itu menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac lalu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map