KUALA LUMPUR: Penyanyi rap popular, MK K-Clique, bagai hilang kata-kata apabila ditanya media mengenai keadaan kesihatan ibunya.
Pada awal temu ramah, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25 tahun, rancak berbual, berkongsi perkembangan terkini dirinya, namun suasana kemudian menjadi bungkam sebaik sahaja soalan mengenai syurga hatinya itu dibangkitkan.