Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rishi Kapoor meninggal dunia

Apr 30, 2020 | 4:00 PM
Rishi Kapoor meninggal dunia akibat barah.
Rishi Kapoor meninggal dunia akibat barah. - AFP

MUMBAI: Bintang legenda Bollywood, Rishi Kapoor, meninggal dunia pagi ini pada usia 67 tahun akibat barah. Laman berita Times of India melaporkan pelakon veteran itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sir HN Reliance Foundation di Mumbai. Beliau disahkan menghidap barah pada 2018. Berikutan itu, pelakon tersebut berada di New York selama hampir setahun untuk menjalani rawatan. Beliau pulang ke India September lalu setelah pulih. Beliau meninggalkan isteri, Neetu Singh, dan dua anak, Ranbir dan Riddhima.

Sepanjang kariernya sejak awal 1970-an, Rishi membintangi banyak filem 'box office' antaranya, Bobby yang ditayangkan pada 1973, Rafoo Chakkar, Laila Majnu, Amar Akbar Anthony, Karz, Naseeb, Prem Rog dan Damini. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg