Topik diikuti
Pergi ke BHkuSaga Will Smith tampar Chris Rock belum tamat...
Penganjur majlis Anugerah Academy ikrar akan ambil tindakan ke atas Smith

PADA MULANYA DISANGKA JENAKA: Will Smith (kanan) menaiki pentas dan menampar Chris Rock, setelah Rock berjenaka mengenai rambut pendek isteri Smith semasa majlis penyampaian anugerah Oscars pada Isnin lalu. - Foto REUTERS
Apr 1, 2022 | 5:30 AM
Saga Will Smith tampar Chris Rock belum tamat...
LOS ANGELES: Saga tindakan Will Smith menampar Chris Rock di majlis anugerah Oscars tempoh hari mungkin belum berakhir setelah pihak penganjur, Academy of Motion Pictures and Sciences, berikrar akan mengambil tindakan ke atas pelakon tersebut.
Persatuan itu kini menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak untuk melakukan sesuatu setelah tindakan ganas di atas pentas itu disaksikan jutaan penonton seluruh dunia, dan sehingga kini terus membayangi majlis anugerah penting bagi Hollywood itu.