Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Sajian muzikal komedi selongkar sejarah Keat Hong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Sajian muzikal komedi selongkar sejarah Keat Hong

Persembahan teater digital Tahun Baru 'Lost In Choa Chu Kang' dari penduduk buat penduduk
Dec 31, 2021 | 05:30 AM

SEBAGAI penduduk yang dewasa di kejiranan Keat Hong sekitar daerah Choa Chu Kang, penyanyi dan penggubah lagu, Wawan Husen, serta aktivis seni dan masyarakat, Imran Ahmad, ingin selongkar sejarah di sebalik kawasan tersebut.

Mereka terfikir alangkah baiknya jika semua ini dapat dikupas dan dibentangkan dalam sebuah persembahan muzikal komedi sempena Tahun Baru.

Persembahan Lost In Choa Chu Kang ini malahan disajikan dengan penerbitnya, Cindy Chng, penulis skripnya, Danial Matin Zaini, serta barisan pelakonnya semuanya merupakan penduduk Keat Hong.

Program yang akan dihidangkan menerusi wadah digital Facebook Live @ilovekeathong pada 10 malam ini merupakan satu kelainan daripada kebiasaan mengadakan acara 'Countdown' dengan kehadiran artis di ambang sambutan Tahun Baru yang dibuat secara tahunan.

Ketika dihubungi, Wawan, yang sebelum ini merupakan antara finalis peraduan mencipta lagu Mediacorp Suria, Projek Lagu, berkata:

"Saya bersyukur dapat terlibat buat julung-julung kalinya dalam projek ini sebagai pengarah muzikal Inggeris dan bekerjasama dengan penduduk yang tiada pengalaman berlakon atau menyanyi dan hanya ingin memaparkan bakat terpendam mereka menerusi pementasan ini.

"Usulan menyajikan muzikal sebagai satu kelainan ini dibuat kerana saya rasa lebih baik jika kita libatkan penduduk Keat Hong yang komited dan berbakat daripada setakat memanggil artis membuat persembahan seperti selalu.

"Di samping kita mengimbas jalan kenangan Keat Hong dengan kisah sebenar seperti adanya harimau yang ditembak mati di situ, kita juga boleh menemui bakat baru dalam bidang seni dalam kalangan penduduk kejiranan ini."

Ini juga merupakan projek Inggeris pertama yang Wawan dan Imran usahakan setelah kerap terlibat dalam acara Hari Raya, Bulan Bahasa mahupun program sembang seni dan budaya digital, Bilik Kaca, yang mereka usahakan sewaktu pandemik.

Wawan juga bertanggungjawab menyiapkan 10 lagu Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil yang disisipkan dalam muzikal ini.

Sembilan lagu merupakan lagu yang sedia ada tercipta manakala sebuah lagu pemberi harapan, Light Up The Light, pula dicipta sebagai inspirasi buat penduduk mencari cahaya di penghujung terowong yang gelap.

"Lagu dalam pelbagai bahasa itu menimbulkan satu cabaran bagi pelakon untuk hadam, hafal dan persembahkan.

"Namun, kami berharap lagu Light Up The Light ini akan dapat mencetus inspirasi buat semua mencari cahaya di sebalik kesuraman.

"Jangan pernah putus harapan kerana cahaya yang dicari-cari selama ini ada dalam diri kita berbekalkan semangat positif dan keyakinan situasi akan pasti berubah," kata Wawan lagi, yang juga merupakan finalis Anugerah di awal kerjaya seninya lebih sedekad lalu.

Imran, selaku pengarah artistik, pula teruja dengan mengusahakan muzikal Lost In Choa Chu Kang kerana ia memberi ruang buat penduduk Keat Hong mengenali sejarah di sebalik terbentuknya kejiranan mereka.

"Watak-watak dalam muzikal ini akan mengembara masa. Mereka membawa watak zaman silam dan masa kini yang mencorak kejiranan ini.

"Apa yang menggembirakan saya adalah kami dapat menyatukan penduduk daripada pelbagai latar belakang yang dengan sukarela bersatu hati menjayakan muzikal ini tanpa sebarang pengalaman seni.

"Ada daripada mereka yang sudah berusia 40-an atau 50-an tahun dan berlakon buat kali pertama.

"Pengalaman baru buat mereka ini pastinya membuka ruang untuk mereka sama-sama merasakan keterlibatan mereka dalam kejiranan ini," katanya.

Daripada muzikal itu, mereka menemui bakat seni yang mampu menyanyi dan berlakon iaitu Simorrah Seow, 15 tahun, selaku Selma Tan.

"Ada kisah toleransi kaum dalam muzikal ini. Ia menampakkan perpaduan masyarakat, satu kekunci untuk sebuah masyarakat bertahan walau betapa sukar pun kehidupan.

"Menerusi muzikal ini, kami lebih menghargai semangat sukarela penduduk yang datang bagi latihan meskipun setelah penat bekerja atau bersekolah.

"Ia mengajar kami untuk saling menghormati perbezaan dan memikirkan misi yang satu iaitu menyatukan penduduk dan membangun semangat kejiranan," kata Imran.

Wawan pula mendapati kerjasama antaranya dengan Imran semakin padu dalam mengusahakan projek dari penduduk buat penduduk.

"Setiap daripada kita sudah lama menjadi penduduk Keat Hong. Kita cintakan kejiranan kita dan ingin semangat positif sentiasa bersemarak di sebalik kesulitan Covid-19.

"Harapan saya dan Imran adalah kami dapat menyajikan muzikal yang boleh dianggap setanding bersama muzikal yang dipersembahkan di pentas nasional lebih besar.

"Yang bermakna adalah ia merupakan teater masyarakat hasil kerja keras penduduk Keat Hong sendiri.

"Sebagai anak seni, saya lebih senang dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang dapat memperkasa orang lain. Ia ruang kita berkongsi kisah, kemahiran, inspirasi dan pengalaman," ujarnya.


"Watak-watak dalam muzikal ini akan mengembara masa. Mereka membawa watak zaman silam dan masa kini yang mencorak kejiranan ini."
- Imran Ahmad, pengarah artistik muzikal, 'Lost In Choa Chu Kang'.

  • Lost In Choa Chu Kang akan disiarkan menerusi Facebook Live @ilovekeathong mulai 10 malam ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3