Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sambal belacan rahsia Mat Sentol sihat, awet muda

Apr 21, 2021 | 10:01 PM



JOHOR BAHRU: RAMAI yang masih mengingati bait-bait daripada iklan snek Tora yang dijayakan pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rashid Yahya, yang lebih dikenali sebagai Mat Sentol.



"Tora datang lagi kali ini dengan permainan baru bola besi..." begitulah kata-kata Mat Sentol yang terkenal di Singapura sebagai peneraju rancangan kanak-kanak, Mat Yoyo pada tahun 1980-an.



Di sebalik berita palsu yang tular di media sosial mengenai keadaannya yang dikatakan terlantar sakit, Mat Sentol sebenarnya masih sihat dan keletah dengan lawak jenakanya.



Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic itu memberitahu agensi berita, keadaan kesihatannya ketika ini baik dan masih mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan bagi melihat kuih-muih kegemarannya.




Mat Sentol, 88 tahun, yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo, kini tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 59 tahun, di kediaman itu sejak kematian isteri Jamilah Kasri, 71 tahun, pada Disember tahun lalu,



Beliau menjelaskan dirinya turut menghabiskan masa dengan menulis skrip.



"Saya sihat.. petang ini saya nak pergi bazar nak tengok-tengok apa yang ada.. saya suka makan kuih-muih yang lembut.. Saya pun ada tulis skrip yang saya akan hantar pada orang tengah.. skrip biasa makan masa setahun juga.



"Nak petua awet muda... makan sambal belacan... cuba tengok orang Melaka semua cantik-cantik," katanya berseloroh sambil disambut ketawa pengunjung yang hadir ke rumahnya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada Mat Sentol di rumahnya.



Beliau berkata selain bantuan bakul makanan, Mat Sentol juga menerima bantuan RM500 ($161.43) dari JKM setiap bulan bermula Mei tahun ini. - Agensi berita



"Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada seniman ini kita amat alu-alukan," katanya.



-- BERNAMA



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >